NOVEL
Part 9
Tuesday, 17 January 2012 | 01:19 | 0 comments
Isnin

“ Ma, Julia sibuk sikitlah harini,” aku berkata dengan nada memujuk. Mama masih tidak berpuas hati dengan aku kerana aku menolak permintaannya.

“ Mama tak kira! Mama nak Ju teman mama jumpa Afeeq juga!” Mama seperti seorang budak kecil yang memberontak inginkan sesuatu. Aku mengeluh perlahan. Apa kena dengan mama ni? Sikit sikit, Afeeq. Sikit sikit, Afeeq. Rimas aku dibuatnya.

“ Ma..... kat office banyak benda Ju kena selesaikan. Tangguhkanlah sampai hari Sabtu atau Ahad. Okey?”

“ Kalau Ju balik, tak jumpa mama kat rumah, jangan cuba cari mama!” protes mama. Sampai begitu sekali dia punya degil. Aku menarik nafas dalam-dalam, mencari ikhtiar untuk memujuk mama. Nampaknya, aku dah kehabisan idea.

“ Mama, cuba bagitahu Ju, ada apa dekat Afeeq tu sampai mama tergila-gilakan dia? Mama nak diakah? Kahwinlah dengan dia!” aku menekan punat hijau di alat kawalan pagar rumah aku. Setelah pagar rumahku terbuka, aku kemudiannya masuk ke dalam kereta. Perasaan malas, rimas, letih semua ada. Tak bolehkah dia faham aku sikit? Esok lusa kan ada. Aku melepaskan satu lagi keluhan.

Kelihatan mama sedang berdiri lesu di tepi pintu rumah. Aku tidak endahkannya, malah makin menjadi ego aku hari ini. Aku terus memecut laju keretaku ke pejabat. Cukuplah, aku letih!

Sebelum ini, mama selalu ajak aku untuk melawat Aboy. Tapi aku menolak dengan alasan sibuk dengan kerja. Memang betul pun. Sejak dua menjak ni aku makin sibuk menghadiri mesyuarat tentang bangunan yang hendak didirikan di Ampang. Siang malam aku bertungkus-lumus menyiapkan semua dokumen yang perlu ku selesaikan dalam tempoh seminggu ini. Mama pula terus-terusan memaksa aku.

------------------------------------------------------------------------------

“ Hai, sayang..” aku tersenyum mendengar suara di talian.

“ Waalaikumsalam,” aku menyindir Ad. Mengapalah, mereka ini susah hendak beri salam dahulu sebelum bercakap? Aku menggeleng kepala.

“ He he, pandai Ju perli Ad kan? Ju free tak pukul 2 ni?” Aku melihat jam tanganku.

“ Oh.. free sangat! Kenapa? Nak ajak pergi makan ke?” Aku mengusik.

“ Ha ah, pandai Ju teka hehe.. nanti Ad datang office Ju okey? Dalam pukul 1.40 camtu,”

“ Eh, tak apa. Biar Ju je yang tunggu dekat bawah. Tak nak susahkan Ad,” aku berdalih. Bukan apa, aku tidak mahu sesiapa kecoh pasal hubungan aku dengan Ad. Lagi-lagi kalau secretary office, Anis yang dapat tahu berita ni. Habislah satu bangunan heboh nanti. Buat masa ini, cuma Ad dan Iman je yang tahu fasal ini.

“ Okeylah kalau macam tu, Ad hormat keputusan Ju.. Ad ada kerja sikit nak buat ni. Assalamualaikum sayang, take care..” aku membalas lembut. Tersenyum aku membayangkan wajah Ad ketika itu.

“ Hah! Senang hati nampak?” Iman menarik kerusi di sebelah aku, lalu melabuhkan punggungnya. Aku tersenyum kelat. Hampeh!

So macam mana? Baik kan Ad?” Iman berkata perlahan, tidak mahu orang lain berpasang telinga mendengar perbualan kami berdua. Aku mengangguk. Iman memeluk aku, spontan.

“ Aku bersyukur sangat sebab kawan yang paling aku sayang ni bersama-sama dengan orang yang baik. Aku harap korang hidup bahagia dan berkekalan,” Tanpa sedar, air mata Iman mengalir. Emosinya dia! Detik hatiku. Aku menyeka air matanya dengan lembut.

“ Janganlah menangis...” aku memujuk.

“ Tak.... aku terlalu gembira,” Iman mempamerkan senyuman dengan air mata yang masih bersisa. Tubuhnya kudakap kejap.

“ Terima kasih atas segalanya, Nurul Iman...” air mata aku juga mengalir. Terharu, sebak, sayang semua ada di saat ini. Aku bersyukur mempunyai rakan yang baik, tidak cemburu, dan sentiasa memberi sokongan kepada aku. Dialah satu-satunya rakan yang sudah ku anggap seperti saudaraku sendiri.

“ Ehem..!” Anis berdehem. Bila masa dia muncul pun kami tidak perasan. Terlerai pelukan antara aku dan Iman. Masing-masing menyeka air mata sendiri dan memandang wajah Anis yang selamba itu.

“ Habis dah berdrama? Ada lelaki nak cari kau wahai cik Julia,” Anis keluar dengan wajah yang menjengkelkan. Aku dan Iman saling berpandangan. Aku menyelak lengan baju kurungku untuk  melihat jam. Allah! Aku dah terlambat untuk lunch dengan Ad!

“ Iman! Aku kena pergi lunch dengan Ad! Aku minta maaf,” aku jadi serba-salah. Hendak tinggalkan Iman yang sedang melayan perasaan itu, aku tak sanggup. Hendak batalkan temujanji aku dengan Ad pun tak boleh juga, penat-penat dia datang untuk cari aku. Ah!

“ Kau ikutlah kitorang sekali,” AHAH! Idea yang bijak. Iman tersenyum hambar.

“ Takpelah... aku tak nak ganggu date orang yang tengah hangat bercinta.. kau pergilah, kesian Ad dah lama tunggu,” Iman bangun dari tempat duduknya dan keluar tanpa berpaling. Kenapa dengan Iman ni?

Aku mencapai beg tanganku dan bergegas ke tingkat bawah untuk berjumpa dengan Ad. Sebaik melihat Ad di atas sofa sedang membaca akhbar, aku memberi salam. Dan ya, tepat sekali tekaanku, Ad terkejut.

“ Waalaikumsalam sayang,” Ad mempamerkan sebaris giginya yang putih dan teratur itu.

“ Jom,” dengan tidak semena-mena, Ad mencapai tanganku. Terkedu aku seketika.

“ Selambalah,” Ad makin mengeratkan genggamannya. Mata-mata di sekeliling hanya memerhati dan berbisik antara satu sama lain. Habislah...

Iman memerhatikan gerak-geri Julia dan Ad. Di hatinya penuh dengan rasa sebak. Kawanku... aku akan merindui kau nanti. Air mata di pipi diseka lagi sekali.

------------------------------------------------------------------------------

“ Bila Ad boleh jumpa mama?” Ad bersuara. Aku hanya membiarkan soalan itu.

“ Ju?” Ad memanggilku, setelah melihat aku tidak memberi sebarang reaksi. Aku menoleh.

“ Entahlah.. mama sibuk paksa Ju teman dia jumpa Afee       q,” aku mengeluh. Ad pun ikut mengeluh.

“ Siapalah Afeeq di mata mama tu kan..? Kalau camtu, baik Ad jumpa mama Ju awal-awal, boleh sailang, he he” Ad berjenaka. Aku tergelak kecil.

“ Jomlah, jumpa mama ...” aku berkata perlahan, antara dengar atau tidak.

“ Betul ni? Dah lama Ad tunggu Ju cakap camtu,” Ad tersenyum lega. Akhirnya!

“ Eleh, mengada!” aku mencubit bahunya.

“ Mengada pun dengan Ju sorang aje,” Ad mengusik. Aku menunduk malu. Kami berdua singgah di Mamak Bistro, di mana tempat ‘date’ pertama aku dengan Ad.

“ Ingat lagi tak Bistro ni?” aku mengangguk.

“ Masa tu Ad minta Ju nombor telefon, tapi Ju jual mahal,” Ad mengusik lagi. Aku cuma tersenyum mendengar usikannya. Pelayan bistro tersebut menghampiri kami berdua.

“ Nasi beriyani 2, air limau ais 2.” Laju sahaja Ad memesan. 10 minit kemudian, mamak itu kembali dengan 2 pinggan nasi beriyani dan 2 gelas limau ais.

“ Tadi Iman menangis,” aku tidak segera menyambung ayatku. Ingin kulihat reaksi Ad ketika ini. Tepat jangkaan aku. Ad memandangku dengan dahi yang berkerut tidak memahami apa yang sedang aku cuba perkatakan ini.

“ Dia cakap dia gembira sebab kita bersama akhirnya,” aku menunduk malu. Ad tersenyum.

Best kan dapat kawan macam dia? Ad suka kawan macam dia,” Ad berkata dengan penuh ikhlas. Aku terpegun seketika.

Tiba-tiba, lenganku ditarik oleh seseorang. Segera aku menoleh. ABOY!

“ Kau buat apa dekat sini?! Menggatal dengan jantan lain?!” jerkah Aboy. Sungguh, aku tidak sangka dengan perlakuan biadabnya.

“ Aku yang patut tanya kau buat apa dekat sini?! Kau siapa nak kawal aku?! Kau dengan aku cuma kawan, bukan tunang aku mahupun suami aku!” aku merentap kembali lenganku. Panas sungguh hati aku. Tiba-tiba sahaja kena tengking depan khalayak ramai.

Bro, kau ni dah kenapa?” Ad cuba mengawal suaranya supaya tidak terlalu kuat. Aku tahu, hatinya juga tentu sakit.

“ Kau jangan sibuk hal aku dengan dia! Dia tunang aku, kau jangan berani nak dekat dengan dia lagi!” kata Aboy separuh menjerit.

PANG! Sebuah tamparan melayang ke pipi kiri Aboy. Muka aku merah menahan marah. Air mata sudah bertakung kerana terlalu geram dengan tindakan Aboy. Aboy memegang pipi kirinya dan merenungku tajam.

“ Kau bukan tunang aku! 3 tahun kau hilangkan diri dan sekarang kau fitnah aku ni tunang kau! Kau ingat aku ni siapa?! Kalau kau nak tahu, Ad ni, bakal tunangan aku! Kau tak selayaknya jadi tunang aku!” aku terus mengeluarkan 2 keping not merah dan meletakkannya di atas meja. Segera aku mencapai tangan Ad dan berlalu meninggalkan Aboy yang tergamam.

“ GILA!” aku menjerit sebaik masuk ke dalam kereta Ad. Ad hanya mendiamkan diri. Tak ada apa lagi yang boleh dia bantu. Biarlah, biarlah aku lepaskan semuanya agar aku puas.

Aku menangis sepuas-puasnya. Sakit hati! Dimalukan, difitnah. Inikah Afeeq yang aku kenal? Disebabkan aku tak terima dia, dia mula bertindak sebegini? Tanpa memikirkan perasaan aku? Apa semua ni? Akhirnya, aku mengeluh.

“ Sayang, anggaplah ni semua dugaan. Bawak beristighfar...” Ad mengusap kepalaku. Air mata aku semakin galak mengalir.

“ Dia cemburu tu, tak lama lagi okeylah dia..” ujar Ad lagi. Aku hanya mampu menangis. Dalam keadaan sebegini, aku tidak dapat bersuara. Mengapa seksa sangat cinta ini?

“ Ad hantar Ju balik terus ke Klang ya.. esok pagi Ad jemput Ju,” aku menggeleng perlahan. Sebuah senyuman aku berikan kepadanya, walaupun hambar.

“ Tak apa... Ju boleh drive sendiri,” aku menyeka air mataku.

Are you sure? Jaga diri okey? Jangan difikirkan sangatlah kawan Ju tu...” Ad memberhentikan keretanya.

“ Sampai.”

“ Terima kasih Ad.. sebab bagi Ju sokongan. Terima kasih sangat...” aku menutup pintu keretanya dan berlalu masuk ke pejabat. Semua yang berada di situ agak terkejut melihat mataku yang sembab dan merah itu. Iman orang pertama mendapatkanku.

“ Kau kenapa ni?! Ad buat apa-apa dekat kau ke?!” Iman mengusap pipi aku. Aku menggeleng.

“ Tak.. Ab... Aboy...” aku tidak sempat menghabiskan ayatku, air mata kembali mengalir. Iman hanya memelukku erat. Siapa Aboy? Detik Iman dalam hati.

------------------------------------------------------------------------------

“ Kenapa dia buat macam tu? Biadabnya!” Iman membebel sendiri. Aku hanya membiarkannya. Aku tiada hati hendak bercerita lagi.

“ Aku... nak balik awal hari ni,” kataku putus-putus.

“ Baguslah, kau rehatlah kat rumah ya?” Iman menepuk-nepuk bahuku.

“ Aku tak nak balik rumah aku...” Iman mengangkat kening.

“ Aku nak pergi satu tempat, tak jauh pun..” aku mencapai beg tanganku. Iman memegang tangan aku.

“ Kau nak kemana? Kau kena bagitahu mak kau dulu,” Iman berkata dengan tegas.

“ Tak. Aku tak nak dia risau,”

“ Tapi kalau kau tak bagitau dia lagi risau!” aku terdiam.

“ Nanti ajelah aku bagitahu. Bukan lama pun aku ke ‘sana’,” aku memeluk Iman.

“ Aku pergi dulu. Thanks ambil berat tentang aku,” aku beredar dari bilik pejabat. Iman hanya menghantarku dengan lirikan matanya.

------------------------------------------------------------------------------

Aku mengeluarkan telefon bimbit dan menaip sesuatu :

Ma, harini Ju nak pergi Tasik Titiwangsa. Mama jangan risau, Ju pandai jaga diri.

Tiga minit kemudian.... mama membalas.

Buat apa dekat sana? Bila nak balik? Suruh Afeeq temankan? Jaga diri baik-baik,

Afeeq lagi? Aku tidak membalas mesejnya. Hati aku yang tadinya reda kembali panas. Mama asyik babitkan Aboy sahaja dalam hidup aku. Penting ke dia tu? Penting sangat ke? Aku menggenggam tanganku geram.

Setibanya di Tasik Titiwangsa, aku menghampiri tasik itu. Ya Allah, indahnya ciptaan-Nya. Aku menikmati udara dan pemandangan di situ. Terasa tenang dan lapang hati aku apabila berada di situ.

“ Julia,” mata yang tadi kupejam rapat kembali terbuka.

“ Kau lagi?! Apa lagi kau nak? Tak puas malukan aku depan orang ramai?!” orang di sekeliling tidak kuhiraukan. Perasaan marah semakin membuak-buak apabila melihat wajah Aboy yang selamba.

“ Aku nak kau... jadi isteri aku,” katanya penuh harapan. Aku tergelak dan mengeluh.

“ Kau nak aku, bukan begini caranya. Cinta tak boleh dipaksa. Kau tengok kan tadi? Lelaki hadapan aku tadi, bakal jadi tunang aku. Jangan ganggu hidup aku lagi!” aku menjegilkan mataku.

“ Dia tak layak!”

“ Biarlah dia! Aku bahagia dengan dia. Dia tak sejahat kau! Dia tak pernah sakitkan hati aku. Lepas ni aku tak nak tengok muka kau lagi!” aku terus pergi ke tempat parkir kereta. Aboy mengekoriku.

“ Sayang...” Aboy memelukku dari belakang. Aku sangat terkejut dengan perlakuannya yang tidak sopan itu.

“ Apa ni?! Jahanam!” aku menamparnya lagi. Air mata kembali mencurah ke pipi. Sesungguhnya, tindakannya keterlaluan! Tidak boleh dimaafkan!

“ Kau cabar ego lelaki aku, Ju. Satu hari nanti, kau akan jadi milik aku!” Aboy beredar dari situ. Aku melangkah longlai menuju ke tempat keretaku. Telefon dikeluarkan.

“ A.... Ad.... Aff.. Affeeeqq....” aku meraung lagi sekali.

“ Kenapa ni?! Ju, awak dekat mana ni?!” suara Ad begitu cemas sekali.

“ Saya... perlukan awak... se.. sekarang ni...” aku berkata dengan lemah dan tersekat-sekat. Tak terdaya menahan perasaan ini.

“ Bagitahu saya awak dekat mana sekarang, saya akan ke sana!”

“ Tasik Titiwangsa... cepat,” aku memutuskan talian.

-BERSAMBUNG-


>>Older Post | Newer Post<<
The Author