Part 8
Saturday, 14 January 2012 | 07:32 | 0 comments
Rabu
“ Hai Julia,” suara di talian itu amat kukenal.
“ Waalaikumsalam,” aku menyindirnya. Kedengaran Aboy sedang tertawa perlahan.
“ Dah lama, aku tak dengar khabar kau. Sihat?”
“ Sihat aje, kau?” aku bertanya lembut. Aku sendiri tak nafikan, aku merindui lelaki itu. Tetapi hanya sebagai kawan.
“ Aku? Batuk sikit. Jom jumpa?” cadangnya. Aku pantas sahaja bersetuju.
“ Aku ambil kau ya,” Aboy terus memutuskan talian. Hati aku mula berasa pelik. Bukankah selalu.. dia akan cakap “ aku sayang kau” dekat aku? Em.. manalah tahu dia terlupa. Aku bersiap dan menunggu di luar U.
15 minit kemudian, Aboy keluar dari keretanya. Aku mempamerkan senyuman, dan dibalas hambar olehnya. Pelik betul aku dengan dia ni. Selalu okey aje, kenapa hari ni layanan dia semacam?
“ Kau ni kenapa?” aku bertanya sebaik Aboy berdiri betul-betul di hadapanku.
“ Kenapa apanya? Mana adalah,” dalihnya. Bibirnya mengukir senyuman, namun aku dapat rasakan senyuman itu hanya untuk menyenangkan hati aku.
“ Macam mana kerja? Okey?” tidak mahu bertanya berkenaan itu, aku mengubah topik. Aboy hanya membalas sepatah sepatah. Sampai aku pula jadi kalut.
“ Aku balik hostel dululah,” aku berkata dengan nada merajuk.
“ Okey,” sangkaku, Aboy akan memujuk. Tetapi, dia lagi menyakitkan hati. Aku mengeluh perlahan. Tiba-tiba, handphone berbunyi. Aku melihat skrin. Ad!
“ Hello?” Aboy yang berada di depan tidak kuhiraukan.
“ Okey, bye Ad.” Aku menekankan nama Ad semasa bersuara. Biarlah! Padan muka Aboy, suka sangat sakitkan hati aku hari ni! Tengok apa aku balas.
“ Untunglah ada kasih sayang,” sindir Aboy. Aku buat tidak tahu saja.
“ Err… siapa… em, aku balik dulu.” Aboy tidak menyambung ayatnya, sebaliknya meminta diri untuk pulang. Aku mencebik.
Langkah Aboy terhenti. Dia berpaling dan jelas, aku nampak wajahnya yang sugul.
“ Lepas ni, kau tak akan jumpa aku lagi..” Aboy berkata perlahan. Aku hendak bertanya tetapi suara aku bagaikan tersekat di kerongkong. Aku hanya memerhati dia berjalan menuju ke keretanya. Tanpa berkata apa, Aboy laju sahaja memecut keretanya. Kenapa dengan dia ni?
“ Hai Ju!” sapa Ad. Aku tersentak, dan melemparkan senyuman. Ad membalasnya mesra.
Ahad
3 tahun, Aboy menghilangkan diri lagi. Ah! Biarlah. Aku call, text dia, langsung tak berbalas. Teruk betul merajuknya. Aku menghirup perlahan teh yang mama baru hidang tadi. Stress aku makin kurang, sebab aku dah habis belajar. Dan keputusannya, aku berjaya dengan cemerlang. Aku kini seorang arkitek. Mama ternyata bangga atas kejayaan aku. Sepanjang sebelum exam pun, Ad dan Iman jelah yang selalu temankan aku belajar sama-sama.
Mama yang dari tadi membisu mula bersuara. “ Dah lama Afeeq tak datang sini, Ju gaduh dengan dia ke?” aku meletakkan cawan di atas meja dan memandang wajah mama. Apalah mama ni, suka sangat dekat Afeeq tu!
“ Dia sibuk kerja lah tu.....” aku menjawab malas. Aku sandarkan tubuhku di sofa.
“ Takkanlah kerja sampai 3 tahun tak contact?” jelas, mama memang tidak berpuas hati dengan jawapanku.
“ Mama nak tahu, mama tanyalah dia. Ju bukan mak dia, bukan girlfriend dia,” mendatar suaraku. Siapa aku hendak ambil tahu tentang Aboy? Dia hanya kawan. Entah kawan entah tidak sekarang. Semua membawa haluan masing-masing. Mama menggelengkan kepala.
“ Apa nak jadilah korang berdua ni,” mama mendengus geram.
Aku tidak menjawab. Malas, nanti ada sahaja yang mama nak tanya. Semua tentang Aboy. Satu hari tak sebut nama dia, tak sah! Kena mandrem agaknya mama ni! Aku lantas beristighfar. Subhanallah... apa yang aku cakap ni? Sejahat Aboy, dia tak akan buat benda syirik tu.
Aku termenung memandang kipas yang ligat berpusing. Seketika, telefonku berbunyi. Aku memandang nama yang terpapar pada skrin telefonku. Ad.
“ Assalamualaikum,” aku memberi salam. Suara di talian menjawab perlahan.
“ Waalaikumsalam. Ju, keluarga saya ada buat makan-makan dekat rumah saya. Saya nak ajak awak. Sebab Iman dah bosan tak ada kawan..” Ad berkata dengan sopan, berharap agar aku setuju.
“ Rumah awak kat mana eh Ad? Saya lupa..” mama terus menoleh sebaik mendengar nama Ad. Wajahnya jelas ingin tahu siapa Ad.
“ Nanti awak text alamat rumah awak k? Saya bersiap dulu,” aku bingkas bangun dari sofa. Namun, mama terlebih dahulu mencapai tanganku. Tersentak aku seketika.
“ Siapa Ad?” mama bertanya dengan wajah yang berseri-seri. Fikir lainlah tu! Getus hatiku.
“ Adi.” Balasku sepatah.
“ Boyfriend?” mama tersenyum.
“ Bukan. Kawan je,” aku tersenyum hambar.
“ Ju naik atas dulu, nak bersiap ke rumahnya,” tanpa menunggu respon daripada mama, aku terus pergi meninggalkan mama yang sudah kecewa dengan jawapanku sebentar tadi. Biarlah, aku baru 24 tahun. Tak usah fikir pasal ni.
SEBAIK tiba di rumah Ad, Iman orang pertama memeluk aku. Ad mempamerkan senyuman yang bermakna. Aku membalasnya. Ad membawa aku jumpa dengan kedua orang tuanya. Mataku tertancap pada rupa ayah Ad. Macam aku kenal.... takut kalau aku tersilap orang, segera aku batalkan niatku untuk bertanya ayahnya.
“ Anak,” bahuku disapa. Aku menoleh dan sedikit terkejut apabila ayah Ad yang menerpaku sebentar tadi. Sedaya upaya aku menahan perasaan gementar tadi.
“ Pakcik macam kenal kamu...” ayah Ad bersuara. Matanya dikecilkan sedikit, memandang tepat wajahku.
“ Kamu ni yang penumpang teksi pakcik tu kan? Yang ditinggalkan kawan kamu dekat restoran tu...” hah! Terus aku teringat. Pakcik ni, ayah Ad rupanya! Memang betullah. Dunia ni tak besar. Aku tersenyum. Ad memandang kami hairan.
“ Kenapa ni abah?” Ad bertanya pelik.
“ Kawan kamu ni, dulu pernah tumpang teksi abah.. baik budaknya, tak sangka dia kawan kamu.” Pakcik yang dikenali sebagai Pak Cik Rahman itu berkata dengan gembira. Ad mengangguk mengerti.
“ Hah, ajaklah kawan kamu ni pergi makan dulu,” ujar Pak Cik Rahman lagi.
“ Mak abah saya suka awak,” Ad tersenyum malu. Aku tergelak kecil. “ Ada-ada je awak ni,”
“ Oh.... dating tak ajak aku!” Iman menyergah kami. Kami sama-sama ketawa. Mengapa, perasaan aku lain bila bersama dengan Ad? Hati aku selalu berdebar, dan sepanjang perkenalan kami, tak pernah pun kami bergaduh, malah makin rapat dan selalu bersama. Seperti belangkas. Hmm.. mama, Ju dah jumpa orang yang Ju cinta. Aku tersenyum sendiri.
“ Oi.. apa kau ni? Senyum sorang-sorang,” Iman mencuit hidung aku. Lamunanku serta-merta berhenti.
“ Ish! Kacau je,” aku buat-buat marah. Iman tersengih.
“ Ju, saya... ada benda nak cakap” Ad bersuara gugup. Aku dan Iman saling berpandangan.
“ Cakap ajelah,” aku berkata dengan senang.
“ Tak best kalau kat sini..” Ad bersuara, sambil matanya memandang tajam wajah Iman. Seperti memberi isyarat agar Iman tidak mengganggu kami. Iman terus beredar dan sibuk berborak dengan Mak Cik Mah iaitu mak Ad.
“ Kita pergi kat buaian bawah pokok tu,” jari telunjuk Ad menunjuk ke arah sebuah buaian. Aku mengangguk setuju.
“ Awak nak cakap apa?” aku bertanya, sebaik melabuhkan punggung di atas buaian tersebut. Ad duduk di sebelahku.
“ Dah 3 tahun kita kenal kan? Saya suka awak, saya tak tipu,” Ad berkata, sambil wajahnya tertunduk memandang rumput. Aku tersenyum malu.
“ Saya pernah beritahu abah dengan mak tentang awak, diorang tahu awak baik orangnya,” Ad menambah lagi. Makin malu aku dibuatnya.
“ Bukan sekadar suka, malah saya mencintai awak!” Ad memberanikan diri bertentangan mata denganku. Akhirnya aku mengalah, lantas mataku larikan ke arah lain.
“ Saya...” aku tidak segera menjawab. Aku cuba mencari kekuatan, untuk bertentangan dengan Ad lagi.
“ Saya pun dah lama suka awak..” perlahan-lahan, Ad tersenyum. Senyuman yang begitu berbeza. Sangat manis, aku dapat rasakan Ad memang betul-betul senang dengan jawapan aku.
“ Baguslah, saya gembira sangat dengar jawapan awak! Selama ni, saya ingat, saya ni bertepuk sebelah tangan..” Ad berkata perlahan. Masih ada senyuman di bibirnya yang merah itu. Aku tergelak.
“ Tak. Cinta awak berbalas,” aku berkata dengan nada mengusik. Ad memegang tanganku.
“ Terima kasih Ju.. saya akan buat awak bahagia,” Ad berkata dengan penuh romantis. Aku hanya mampu tersenyum malu.
“ Ju suka Ad! Ju suka Ad! Ha ha ha ha!!” suara Iman mengejutkan kami berdua. Lantas Ad melepaskan tanganku. Tak guna! Iman curi-curi dengar perbualan kami! Ish!
“ Tahniah korang... impian aku jadi kenyataan akhirnya,” Iman memeluk aku erat. Aku membalasnya mesra.
“ Terima kasih,” serentak kami membalas. Iman tersenyum senang.
“ Jomlah onterview terus dengan abah dan mak, hehe” Ad mengenyitkan matanya. Aku Cuma tergelak kecil dan mengangguk.
“ Mak, abah! Tadi Ad proposed Ju, dia nak jadi menantu mak dengan abah!” sorak Ad gembira. Spontan tanganku menampar bahunya. Mak Cik Mah dan Pak Cik Rahman hanya mempamerkan senyuman. Ada rasa bahagia disebalik senyuman mereka berdua.
“ Baguslah, mak pun dah lama teringin nak ada menantu,” Mak Cik Mah berseloroh.
“ Paling penting cucu,” celah Pak Cik Rahman. Tetamu yang hadir ikut sama tergelak.
SELESAI jamuan makan-makan di rumah Ad, aku meminta diri untuk pulang ke Klang dulu. Sebab dah petang, takut mama risau. Mak Cik Mah dan Pak Cik Rahman meminta aku untuk sampaikan salam kepada mama bila sampai rumah nanti. Aku mengangguk mengerti.
“ Ju,” Ad tersenyum simpul.
“ Ye saya,”
“ Bawak kereta elok-elok, saya sayang awak,” Ad tersengih. Aku menunduk malu.
“ Saya pun sama,” mataku sempat memandang Iman yang sudah ketawa terbahak-bahak. Huh!
“ Alahai tomey tomey je korang ni! Saya balik dulu, assalamualaikum makcik, pakcik,” Iman menyalam tangan Mak Cik Mah dan Pak Cik Rahman.
“ Eh! Aku lupa... aku datang sini pun Ad yang amik, camana aku nak balik ni?!” Iman menggaru kepalanya.
“ Pakcik pakcik, hari ni teksi pakcik guna ke?” Iman bertanya lurus.
“ Pakcik tak kerja hari ni.. padan muka kamu,” Pak Cik Rahman mengusik. Kami sama-sama ketawa. Terhibur aku dengan gelagat mereka.
“ Jomlah, aku hantar kau balik.” Aku menawarkan diri untuk menghantar Iman pulang, kerana bimbang sesuatu yang tak diingini akan berlaku. Iman mengangguk lega.
- BERSAMBUNG -
The Author



