Part 7
Thursday, 29 December 2011 | 23:39 | 0 comments
Jumaat
Dah 5 hari aku kenal dengan Ad. Tapi tak adalah rapat mana. Iman aje, sibuk suruh aku jadi girlfriend Ad. Eh gila punya minah. Cinta mana boleh paksa-paksa. Kan? Ad pulak, cuma tersenyum je bila tengok kami berdua bergaduh sebab hal ni.
Aku memerhati Ad dari jauh. Khusyuknya dia membaca. Sampaikan ada orang stalk pun tak perasan. Aku tersenyum. Daripada tercongok kat sini tengok muka dia, lebih baik aku pergi cari buku rujukan. Aku terus menuju ke rak-rak buku di bahagian seni.
BUK! Aku jatuh terduduk sambil menggosok-gosok kepalaku. Aku mendongak. Serta-merta pipi aku bertukar warna. Lelaki itu membongkokkan sedikit badannya lalu mengutip buku-buku yang berselerak akibat terlanggar aku tadi. Aku hanya memerhati setiap pergerakannya.
“ Awak cari buku apa kat sini?” Ad bertanya sambil menghulurkan tangannya. Aku menyambut dan bangun untuk berdiri. Eh.. macam mana aku boleh terlanggar dia ni!
“ Buku tentang seni lukis.. awak?”
“ Saya? Saya dah jumpa dah buku yang saya cari, saya nak pergi kat kaunter, nak pinjam.” Tenang sahaja Ad berkata. Tangannya ligat membelek-belek buku yang terjatuh tadi.
“ Nak ikut?” aku tersentak. Aku mengangguk perlahan dan terus mengekorinya menuju ke kaunter.
Selesai membuat pinjaman buku, Ad berpaling ke arahku. Aku mengangkat kening, pelik.
“ Kenapa?”
“ Saya lapar,” selamba sahaja Ad menuturkan kata.
“ Habis tu? Nak saya buat apa?”
“ Jom pergi lunch!” aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kebetulan, aku pun dari pagi tadi tak makan lagi. Alang-alang dia ajak, bedal ajelah.
“ Tapi kita lunch kat luar lah, boringlah asyik kat kafe aje,” rungut Ad.
“ Saya tak kisah. Asalkan awak yang belanja,” aku mengenyitkan mata. Ad mencebik.
“ Yalah, yalah.. jom naik kereta saya!” Ad memuncungkan bibirnya, menunjuk ke arah sebuah kereta Honda Camry. Aku terpegun melihat keretanya.
“ Jom!” aku sudah tidak sabar untuk menaiki kereta itu. Ad memandangku kosong.
“ Nanti!” langkahku terhenti, lalu menoleh ke arahnya.
“ Bukan yang tu, tapi tu,” Ad kembali memuncungkan bibirnya, tetapi menunjuk ke sebelah kereta Honda Camry tersebut. Aku menurut. Eik! Kancil? Alahai.. comelnya! Aku tergelak.
“ Yang Camry tu tak lama lagi,” Ad berkata selamba. Aku tersenyum.
“ Adik manis, nak pergi lunch kat mana? Abang hensem sedia menurut,” Ad bersuara sebaik memakai tali keledar. Aku tertawa kecil. Ada-ada je dia ni.
“ Adik manis nak makan dekat hotel 5 bintang, boleh?” aku mengusiknya.
“ Hotel 5 bintang? Tak best la adik manis. Ikut abang hensem, harini adik manis makan besar kat hotel 15 bintang!” Ad mengenyitkan matanya. Pipi aku kembali kemerahan. Malu diperlakukan begitu.
“ Ini dia, dah sampai.” Ad memberhentikan keretanya di sebuah restoran. Aku memandang banner restoran tersebut. “ MAMAK BISTRO ”. Aku mengecilkan mataku memandang Ad. Ad tersengih.
“ Maaflah Ju, saya bukan anak orang kaya nak makan kat hotel mewah-mewah. Hidup saya sederhana aje. Mamak Bistro ni pun dah kira hotel 15 bintang bagi saya,” perlahan Ad berkata. Aku terkedu.
“ Saya tak kisahlah, saya pun hidup sederhana jugak macam awak,” aku tersenyum.
“ Order?” seorang pelayan bertanya kepada kami berdua. Kami memesan 2 nasi goreng ayam dengan 2 teh ais.
“ Awak bila nak bagi saya number awak ni? Kalau nak tunggu awak call saya, sampai saya mati pun tak akan dapat,” Ad menyindir lalu tergelak apabila melihat aku yang sudah bermasam muka.
“ Kan betul, awak jenis tak boleh gurau lebih-lebih,” Ad berkata dengan tenang. Air mukaku serta-merta berubah.
Aku hanya terdiam. Malas nak membalas, nanti aku juga yang kena sakat. Aku berpura-pura tak dengar apa yang Ad cakap sebentar tadi.
“ Mana boyfriend awak?” Ad bertanya lurus. Aku yang tadi hanya menunduk segera berkalih. Mata kami bertembung dan ada sedikit getaran di hatiku. Apa ni? Ish… aku berkata dalam hati.
“ S… saya mana ada boyfriend,” tergugup aku menjawab. Malu, malu untuk memandang wajah tampan Ad.
“ Ye ke? Muka cun cam awak ni takkanlah tak ada siapa nak?” Ad menduga. Soalannya terus mengingatkan aku kepada Aboy. Apa khabarlah dia..
“ Ada, tapi saya tolak,” aku mengeluh.
“ Kenapa?”
“ Saya nak belajar dulu..” Ad mengangguk-angguk, mengerti maksud aku.
“ Awak pulak? Mana girlfriend?”
“ Saya tak ada girlfriend…” Ad berkata sambil ketawa. Berkerut dahi aku melihatnya.
“ Sebab Iman kata saya kena tackle kawan baik dia,” Ad memandang aku, dengan senyuman yang penuh makna. Aku berasa malu lalu mengalih pandangan ke tempat lain.
“ Saya tengah nak tackle kawan dia, tapi saya ikhlas.” Dia masih berkata sambil matanya tidak berganjak daripada merenung wajahku yang sudah kemerahan.
“ Tapi….” Ad tidak menyambung ayatnya. Aku menoleh.
“ Dia jual mahal sangat! Hari-hari saya suruh dia bagi number dia tapi kedekut gila! Sebagai seorang gentleman, saya tak akan putus asa!” Ad menghamburkan tawa. Aku turut ikut ketawa. Pandai betul dia ni buat lawak.
“ Awak rasa siapa ek perempuan yang saya maksudkan?” Soal Ad menduga. Tawaku terhenti sebaik mendengar soalan itu. Erk…
Soalan Ad terbiar aje, kerana pelayan tadi datang menghidangkan makanan dan minuman yang kami pesan tadi. Aku mengangkat bahu dan terus menyuapkan nasi ke dalam mulut.
“ AMIN…” Ad menyindir. Aku berhenti kunyah. Merah padam muka aku menahan malu. Lupa pula nak baca doa makan! Sampai macam tu sekali dia menyindir? Tak guna..
“ Orang dah baca dalam hati ah!” Aku mencebik.
“ Ek, awak terasa ke?” Ad menguji. Terkulat-kulat aku mencari idea. Akhirnya, aku kalah. Sebuah cubitan ku berikan kepadanya.
“ Semut gigit lagi sakit,” Ad mengusik. Aku hanya tersenyum malu. Kami menjamu dengan penuh selera. Sambil makan pun Ad sempat membuat lawak. Terhibur betul aku dengan dia.
Dari jauh, Aboy memerhatikan gelagat Julia dan seorang lelaki. Siapa lelaki tu? Siap gelak-gelak. Ceria aje aku tengok dia tu. Tak apalah.. mungkin dia dah jumpa orang yang boleh bahagiakan dia. Aboy berkata dalam hati. Tanpa sedar, perasaan cemburu mula hadir dalam hatinya.
SELEPAS makan tengahari di restoran mamak itu, Ad menghantar aku pulang ke hostel. Dia nak ajak aku pergi temankan dia berjalan tapi aku malas nak keluar. Lagipun aku nak jumpa Iman. Selamat Ad jenis faham bahasa.
“ Bila saya boleh dapat number awak?” Ad bertanya dengan tenang. Riak wajahnya penuh mengharap.
“ Nantilah,” aku mengukir senyuman dan berlalu meninggalkan keretanya. Ad menggaru kepalanya yang tidak gatal. “ Susah betullah nak mengurat dia ni!” getus hatinya kecewa.
“ ALLAH!” aku menjerit sebaik Iman tiba-tiba menyergah aku semasa membuka pintu bilik. Ketawanya meletus melihat muka aku yang sudah pucat ketakutan. Aku mencapai bantal yang terletak di atas sofa lalu baling tepat ke arah Iman. Iman hanya membuat lagak selamba dan semakin galak tawanya.
Geram dengan sikap Iman yang kebudak-budakan itu, aku hanya mendiamkan diri dan berlalu menuju ke bilik air untuk membersihkan badan yang sudah melekit. Baru sahaja aku hendak masuk ke dalam bilik air, Iman tiba-tiba bersuara.
“ Sekejapnya kau date dengan Ad!” Iman tersenyum penuh makna. Aku membalas dengan jelingan. Tak kuasa betul layan dia ni!
Selesai mandi dan menunaikan solat Zohor, aku duduk di sebelah Iman yang sedang ralit menonton cerita Tom and Jerry. Umur dah 22 tapi perangai macam 2 tahun punya budak! Kutuk hatiku.
“ Ehem,” aku berdehem, supaya Iman mengalih pandangan ke arahku. Namun, mata Iman tidak berganjak. Kali ini, aku berdehem dengan lebih kuat. Masih tidak berkalih. Aku mendengus.
“ Amende kau ni? Ehem… ehem… tak reti panggil nama ke?” Iman berkata lambat-lambat. Aku merenung tajam wajahnya.
“ Sejak bila kau reti sensitive ni? Geli aku, eee!” aku membuat lagak geli-geleman. Iman tersengih.
“ Bila pulak aku sensitive? Merepek aje,” dalih Iman.
“ Camana date? Ada baik ka?” Iman menyambung ayat. Aku mengangkat bahu, tak tahu nak jawab apa.
“ Eleh, suka lah tu!” Iman mengusik.
“ Em.. suka!” aku tersenyum.
“ Betul ke kau dah suka dia?” melopong mulut Iman mendengar jawapan aku sebentar tadi. Aku mengangguk laju.
“ YEAY!” Iman memeluk aku dengan erat. Spontan sahaja tindakannya itu.
“ Tapi sebagai kawanlah,” balasku dengan riak wajah yang tidak bersalah. Pelukan terlerai. Aku ketawa puas. Padan muka kau!
Iman menampar-nampar laju paha aku. Aku hanya mampu mengaduh kesakitan. Tapi akhirnya kami berdua ketawa. Tiba-tiba Iman bersuara.
“ Bodohlah kau ni! Asal kau tak suka dia? Dia baik la,” Iman berkata dengan nada yang serius.
“ Aku tak nak bercintalah..” aku merenung dalam wajahnya, berharap agar dia faham dan tidak mendesak aku untuk terima Ad lagi.
“ Kenapa kau ni ha? Nak jadi anak dara tua ke? Jangan kau.. karang jadi andartu baru tahu!” Iman berpura-pura marah. Tak faham lagi ke dia ni? Getus hatiku geram.
“ Sebelum kau desak aku, baik aku tanya kau. Yang kau ni tak couple-couple kenapa?” aku mengenakan Iman kembali. Mukanya serta-merta berubah.
“ A… aku lainlah! Aku rock! Kau tu feminin sangat, aku ni brutal!” Iman membela diri. Aku menggaru kepala.
“ Apa kena mengena brutal dengan feminin?” aku bertanya soalan bodoh.
“ A…. ah! Diamlah kau! Baik aku tidur, boleh saving otak aku asyik fikir camana nak explain kat kau,” Iman cuba mengelak daripada menjawab soalanku, terus sahaja dia baring di atas paha aku tanpa dipinta.
“ Kau kawan aku, kan? Pinjamkan paha kau kejap, aku nak tidur,” Iman berkata manja.
“ Tidurlah,” tidak sampai 5 minit, Iman sudah hanyut dibuai mimpi. Aku juga turut terlena.
AKU terjaga sebaik dikejutkan Iman. Aku menggenyeh mataku beberapa kali dan memandang sekeliling. Husna dan Ika sudah duduk bersila di depan aku. Aku memandang hairan.
“ Dah berapa lama aku tertidur?” soalku.
“ 7 jam!” Husna mendengus. Membulat mata aku mendengar jawapan dari mulut Husna. “ Kau biar benar?”
“ Kau dengan Iman sama aje, tidur tak ingat dunia,” Ika berkata sambil ketawa. Aku dan Iman hanya tersengih.
-BERSAMBUNG-
The Author



