NOVEL
Part 6
Saturday, 24 December 2011 | 05:49 | 0 comments
Isnin

“ Julia!!!!!” Iman memanggil nama aku dari jauh. Aku menoleh ke arahnya.

Iman berlari mengejar aku lalu memelukku. Aku terkebil-kebil melihatnya.

“ Kau ni kenapa?” aku meleraikan pelukannya.

“ Aku rindu kau lah! Makin cantiklah kau,” Iman tersengih. Aku hanya tersenyum.

“ Kau macam mana hidup? Dah jumpa boyfriend?” Iman mengenyitkan matanya. Iman, kawan aku sepanjang aku berada di Universiti Putra Malaysia ni. Cuti semester, aku tak tahu langsung khabar kawan baik aku yang nakal ni.

Boyfriend? Haha merepek! Aku manada boyfriend,” aku menafikan.

“ Baguslah kalau macam tu! Ni, aku nak kenalkan kau kat sorang lelaki ni. Handsome gila! Mesti kau cair,” Iman kelihatan bersungguh-sungguh.

“ Hai,” seorang lelaki tiba-tiba menyapa kami berdua. Aku tidak membalas, malah memandangnya kerek.

“ Panjang umur! Julia, ni Ad. Ad, ni Ju. Julia,” bangga benar Iman memperkenalkan aku dengan lelaki di sebelahnya itu. Aku sekadar tersenyum hambar.

“ Ni ke member kau yang kau cakap cantik tu?” lelaki yang dikenali sebagai Ad itu bersuara. Membulat mata aku sebaik mendengar soalan Ad.

“ Iman!” merah pipi aku menahan malu. Apa punya karatlah kawan aku ni, rekemenkan aku kat orang pulak. Macam aku tak laku. Huh! Aku berbisik dalam hati.

Yes! She’s pretty, isn’t it?” Iman mengangkat kening sambil tersengih memandang aku. Minah ni nak kena ni! Kau tunggulah lepas mamat ni blah. Tunggu!

“ Lawa.. lagi lawa dari kau!” Ad mengusik. Iman mencebik. “ Eleh, kisah hapa aku. Dah, aku gerak dulu. Berbuallah korang ye. Bai..” Iman terus meninggalkan kami berdua di situ. Aku tak sempat menahannya kerana dia sudah lari macam pelesit. Ceh.

“ Awak dah lama ke kenal Iman?” Ad cuba mencari topik. Julia.. lawanya dia. Ada chance!

“ 4 tahun dah.. okeylah, gerak dulu. Babai,” aku melangkah laju meninggalkan Ad yang terpinga-pinga. Lantaklah! Yang penting, aku memang nak kena cari Iman.

“ Iman!” setengah jam aku pusing satu kampus, rupa-rupanya Iman ada dekat perpustakaan. Iman tersentak namanya disebut dengan agak kuat, lantas meletakkan jari telunjuknya di bibirnya sebagai tanda suruh aku senyap.

Nasib je kat sini library. Aku terus menarik lengannya dan membawa dia keluar dari perpustakaan. Okey, sedia.. makian dimulakan!

“ Kau ni! Kenapa? Aku nak baca buku, lagi berapa minggu je dah nak exam..” rungut Iman. Sakit betul hatinya, bila Julia tiba-tiba rentap lengannya.

“ Apa angin kau nak masuk library harini? Selama ni tak pernah-pernah aku tengok kau masuk situ. Ni, aku nak tanya kau. Kau memandai rekemenkan aku kat Ad tu pasaipa?” aku meninggikan sikit suara. Bukan marah, marah olok-olok je.

Iman tersengih macam kerang busuk. “ Alah.. dia kosong, kau kosong. Apa salahnya? Sama-sama comel je aku tengok, hehe.”

Aku menarik telinganya. “ Abahmu comel! Aku tak suka Ad lah faham tak.. aku dah ada..” aku berhenti menyambung ayatku. Alamak. Terlepas cakap pula. Masak..

“ Kau dah ada siapa?!” tanya Iman gembira. Bersinar-sinar matanya, dengan harapan suruh aku jawab soalannya itu. Telinga yang pedih ditarik aku tadi terus hilang serta-merta.

Aku terkedu.

“ Aku dah ada.. papa aku! Eleh, dia pun cam boyfriend aku jugak,” aku menjelirkan lidah. Padan muka! Akhirnya, dapat juga idea nak jawab. Iman hampa.

“ Ceh! Kalau papa kau, aku pun boleh.. dahlah, buang masa je cakap dengan kau! Aku masuk library dulu, babai..” cemuh Iman.

“ Nanti!” aku menahan Iman.

“ Apa lagi?” Iman mengipas-ngipas mukanya dengan tangan. Panas betul cuaca hari ni.

“ Jom teman aku minum.. haus pulak,” aku tersengih.

“ Kau pergi jelah sorang! Macam tak biasa pulak,” Iman berdalih.

“ Alaa.. jom lah,” aku memujuk. Bosan pula hari ni. Kalau pergi kafe sorang-sorang lagi bosan. Selamat budak ni ada.

“ Tak mau la! Jap,” Iman mengeluarkan telefonnya lalu menaip sesuatu. Aku berkerut memandangnya, pelik.

“ Kejap lagi, member aku datang sini. Kau boleh lepak dengan dia, orait? Aku pergi dulu. Sayonara~” Iman terus melangkah masuk ke perpustakaan. Siapa pula yang nak teman aku ni? Rita ke? Okey juga kalau dia teman.

Seketika, mataku terpandang ke arah susuk tubuh yang sasa tu. Ek.. macam aku kenal je. Lelaki itu semakin menghampiri. Sah! Ad! Tak guna punya Iman! Eeeee...

“ Tadi Iman cakap awak nak saya teman awak pergi kafe ek?” Ad bertanya. Membulat mata aku mendengar soalan Ad. Iman ni memanglah.. tabur fitnah aje!

“ Eh mana ada! Salah orang kot?” aku tidak mengaku. Memang benar, aku tak suruh dia teman aku pun!

“ Em.. okey. Awak buat apa kat sini sorang-sorang?” Ad cuba beramah.

“ Tunggu kawan,” aku tidak menghiraukan Ad.

“ Jomlah kita pergi kafe dulu, nanti awak boleh text kawan awak suruh datang kafe,” Ad berkata dengan lembut. Aku memandangnya. Rasa serba salah pula kalau aku tolak mentah-mentah pelawaan dia. Mesti dia fikir yang bukan-bukan.

“ Okey, jomlah.” Aku berlalu tanpa menunggu Ad. Ad mengukir senyuman.

“ Awak nak minum apa?” Ad bertanya sejurus melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan aku.

“ Fresh Orange,” aku sibuk membaca novel yang baru sahaja aku beli tiga hari lepas. Ad di hadapanku tidak dihiraukan.

“ Awak ikhlas tak minum petang dengan saya?” Ad agak tersinggung dengan cara layan aku. Pipi aku bagaikan ditampar-tampar mendengar soalan Ad. Malunya aku bukan kepalang. Aku menggeleng laju. Sedaya upaya cuba berlagak tenang.

“ Err.. mana ada! Awak je fikir lain ni,” aku mula tak selesa. Ad terus-terusan memandang wajah aku.

“ Awak gelisah semacam kenapa?” Ad menduga. Pipi aku merona. Alamak! Dia perasan pulak.

“ Man... mana ada! Awak ni! Jangan lah tan....” ayatku terhenti sebaik mendengar Iman memberi salam kepada kami berdua. Iman kulihat hanya tersengih sambil mengangkat-angkat keningnya.

“ Fikir lain ah tu!” aku menjeling ke arah Iman. Iman sudah tergelak-gelak, begitu juga dengan Ad.

“ Kau yang fikir lain, apa aku pulak kena? Bahagia nampak korang berdua..” Iman mencuit bahu aku sambil ketawa. Satu cubitan hinggap di telinga Iman. Bukan dia berhenti mengejek, makin menjadi-jadi!

“ Okey, keep calm now. Jangan merajuk, muncung dah boleh ikat dah tu,” Iman berhenti ketawa setelah terpandang riak muka aku yang masam mencuka. Teruklah dia ni!

“ Nah,” Ad menghulurkan aku getah. Berkerut dahi aku memandang tindakan spontan Ad.

“ Nak buat apa getah ni?” aku bertanya sambil memegang getah rambut itu.

“ Ikat muncung tu,” tersembur tawa Iman dengan Ad. Muka aku tegang sebentar dan rasa seperti diperbodohkan hidup-hidup. Aku melemparkan getah rambut itu tepat pada wajah Ad dengan perasaan marah. Aku mencapai beg tanganku kasar dan berlalu meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.

Aku tercabar benar dengan gurauan Ad yang agak tak bertempat tu. Aku melangkah sahaja walaupun aku tak tahu kemana perlu aku pergi. Tiba-tiba, handphone aku berbunyi. Aku mengeluarkannya dari beg tanganku lalu melihat pada skrin itu.

Iman! Aku berkira-kira samada mahu menjawab atau tidak. Akhirnya, aku memasukkan kembali handphone aku ke dalam beg tangan. Marah aku masih belum reda lagi. Tunggulah 2 minggu lagi, baru aku layan kau balik! Bisik hatiku.

Kini, aku berada di luar U. Apa aku nak buat ni ah? Aku menggaru kepala. Handphone yang kini berada di tangan lantas mencari-cari contact number siapa yang patut aku telefon. Tiba-tiba, mata aku tertancap pada nama di dalam skrin telefonku. Aboy!

Aboy. Jom jumpa? Aku dah lama tak jumpa kau..tapi kalau kau busy dengan kerja kau tak apa, aku faham.

Aku menekan butang ‘hantar’. 15 minit sudah berlalu, nampaknya mesejku tak berbalas. Tak apalah, mungkin aku text tak kena waktu. Aku mengeluh.

Seketika, bahuku disapa. Aku menoleh dan terkejut dengan tindakan Iman yang terus memeluk aku dari belakang. Aku cuba meleraikan pelukannya tetapi gagal, malah Iman makin mengeratkan pelukannya. Eh... dia ni. Ada jugak yang kena pijak kat sini karang.

“ Woi apa ni, lemas ah gila!” aku meronta-ronta minta dilepaskan.

“ Kali ni, aku tak akan biar kau larikan diri lagi!” Iman ketawa mengekek sambil tangannya memelukku erat.

“ Bila masa pulak aku lari? Dah, lepaskan aku.” Aku berdalih. Sesungguhnya aku lemas dengan pelukan Iman. Ini kalau suami dia ni, mesti mati terus kalau hari-hari kena grib  macam ni.

Akhirnya, pelukan terlerai. Iman ketawa melihat aku yang tercungap-cungap meminta oksigen. Tangan aku ringan sahaja menampar belakang Iman. Melalui bunyi tamparan itu, aku dapat rasakan tamparan itu sangat perit. Ini makan dia, wahai Iman.

“ Aduh! Kau ni tak guna betullah pukul aku,” Iman menggosok-gosok belakang badannya. Perit sangat. Aku ketawa puas.

“ Tulah, suka sangat kenakan aku, ini baru sikit. Kau cari aku asal?” aku menukar topik. Iman kembali tersengih.

“ Nah, amik ni. Aku diamanahkan untuk pos surat ni untuk kau, wahai cik Julia.” Sekeping surat yang dihulurkan Iman aku menyambut lembut.

“ Apa ni?” aku membelek-belek sampul surat itu.

“ Teleskop,” jawab Iman dengan bersahaja. Aku mengerutkan dahi tak mengerti.

“ Kau ni asal tanya soalan bijak sangat? Dah terang-terang tu sampul surat, mestilah surat!” Iman memerli. Aku mencebik. Ya tak ya juga kan, ish.

“ Aku tahulah surat, tapi surat apa? Dari siapa?” Aku cuba cover malu. Karang sia-sia je dapat ketawa free dari minah depan aku ni.

“ Entah, ada hamba Allah yang kasi aku. Okey, aku gerak dulu. Bye,” Iman berlalu meninggalkan aku yang terkulat-kulat memegang surat tersebut. Surat apa ni?

Aku mencari tempat yang sesuai dan tersorok untuk membaca isi kandungan surat tersebut. Akhirnya aku singgah di sebuah perhentian bas yang terletak di luar U. Aku membuka sampul tersebut dengan cermat, dan buka lipatan surat tersebut. Eh? Kenapa ada getah ni? Aku tidak hiraukan, malah mula membaca isinya.

Julia, ni Ad. Saya minta maaf kalau awak kecil hati dengan gurauan kami tadi. Maafkan saya ya? Saya nak kenal awak dengan lebih rapat lagi.

Aku berhenti membaca. Ek, Ad ke yang tulis?

Melalui insiden tadi, saya sedar yang awak bukan jenis boleh bawak gurau secara kasar. Masa awak blah tinggalkan kitorang, saya rasa bersalah sangat. Maafkan saya tau? Saya tak berniat pun..

Pipi aku merona. Ah! Aku jenis tak boleh bawak bergurau? Kenapa aku jadi sensitif ni? Dulu aku dengan Aboy dan Radzi okey je bergurau kasar! Oh.. usia dah lanjut, hati dah berubah. Aku memuncungkan bibir tak puas hati.

Kalau awak maafkan saya, call saya tau kat nombor ni. 0156783958. Tu, ada getah untuk ikat muncung awak. Saya tahu kalau awak baca surat ni mesti awak memuncung. Ni, standby awal-awal. Bye,

Ad.

Aku membulatkan mata. Terkedu aku seketika. Mana dia tahu yang aku tengah muncung ni? Tak guna! Aku mendengus geram. Getah yang terletak kemas di genggaman ku baling entah ke mana. Sakit betul hati. Tadi minta maaf, sekarang mula sakat aku! Buang masa je aku baca!


>>Older Post | Newer Post<<
The Author