NOVEL
Part 4
Friday, 9 December 2011 | 06:13 | 0 comments

Sabtu

“ Kau sihat, Ju?” suara di talian membuat aku agak terharu. Begitu mengambil berat tentang aku.

“ Aku sihat.. dah 2 bulan tak dengar cerita tentang kau? Best kerja dekat Bangsar?” aku tersenyum.

“ Bangsar? Entahlah.. aku bosan sebab tak dapat lepak dengan kau lagi, hmm..”

“ Apa pulak? Kerja arkitek kau tu lagi penting, ingat..” aku cuba menasihatinya, walaupun sebenarnya aku pun rindu nak keluar bersama lelaki itu lagi.

“ Harini aku free, jom keluar? Aku rindu kau,” soalan Aboy buat aku terfikir sejenak. Aku melihat jam dinding aku.

“ Okey, kau jemput aku ya. Pukul 2 tau. Bye, assalamualaikum.”

“ Beres.. Ju, aku...” Aboy tak sempat habiskan ayatnya, aku sudah memotong terlebih dahulu.

“ Aku pun sayang kau,” aku ketawa mengekek setelah puas mengenakan lelaki itu. Talian kumatikan. Lantas ke bilik air untuk bersiap.

Perjumpaan kali ini asing bagi aku. Terasa janggal, kerana sudah 2 bulan tidak bertemu dan kini dia berada di depan aku. Wajahnya ditenung dalam-dalam.

“ Kenapa dengan aku?” Aboy meraba-raba mukanya, kerana tidak selesa dengan cara pandangan aku terhadapnya. Aku kemudiannya ketawa kecil.

“ Cepat sangat gelabah. Kau makin handsome..” aku mengejeknya. Dia mencebik.

“ Apa lagi kau tunggu? Jomlah kita masuk panggung, aku tak sabar nak tengok Paranormal Activity ni!” aku merungut kepada Aboy kerana dia masih tercegat di tempat tadi manakala aku sudah pun jauh meninggalkannya.

“ Aku cintakan kau!!!!” jeritan Aboy membuat aku tersentak dan tergamam. Serta-merta aku menahan tawa, dan cuba berserius dengan lelaki itu.

Aku menghampiri Aboy, dan ketawa aku tak dapat ditahan lagi lalu tersembur tawa aku di depan dia. Dia hanya memandang selamba.

“ Kau... kau cakap apa tadi?” masih ada suara ketawa di hujung ayat aku. Aboy mula serius.

“ Dengar sini, Julia. Sekarang tiba masanya untuk kau tahu isi hati aku selama ini. Aku cintakan kau sejak kita tingkatan 2 lagi,” ujar Aboy lembut dan serius. Tawaku terus terhenti.

“ ...” lama aku mendiamkan diri.

“ Kalau kau tak nak kawan dengan aku lagi, tak apa..” Aboy berkata lagi setelah melihat tiada sebarang jawapan daripada bibirku.

“ Tak.. kau faham kan? Aku tak n...” aku tak sempat sambung ayat aku.

“ Ya, aku faham. Kau nak berjaya dulu.. kan? Aku rasa kau dah pun berjaya, Ju..”

“ Bagi aku masa..” aku berkata lemah.

Aboy mengangguk faham.

“ Jomlah tengok wayang, dah terlepas ni.” Ajaknya lembut. Aku hanya menurut, seakan-akan tiada apa yang berlaku.

Ketika di dalam panggung, aku mencuri-curi pandang wajah Aboy yang asyik menonton tayangan yang disiarkan di skrin besar itu. Apa yang patut aku lakukan? Aku tak pernah anggap dia istimewa, istimewa sekadar rakan yang sangat baik sahaja. Kalau aku tak terimanya, tentu... ARGH! Aku mengeluh perlahan.

Sebaik sahaja wayang habis ditayangkan, aku meminta Aboy untuk menghantar aku pulang ke rumah. Aboy hanya menurut. Aku dapat rasakan masing-masing tidak ceria pada malam ini, namun aku cuba buat seperti tiada apa yang berlaku.

Sepanjang perjalanan ke rumah aku, kami hanya membisu. Alunan lagu di radio sahaja kedengaran. Mengapa malam ini sungguh janggal rasanya? Adakah aku tidak dapat menerima kata-kata Aboy tadi? Sungguh, aku buntu. Aku tak mahu putuskan persahabatan kami berdua hanya kerana Aboy menyukai aku. Mungkin aku boleh cuba minta sedikit masa..

“ Boy..” Aboy memandang aku.

“ Kau boleh bagi aku masa fikirkan tentang ni?” ujarku perlahan.

“ Okey, aku tak kisah. Take your time,” Aboy kembali memandang ke depan. Aku mengeluh perlahan.

Setibanya di rumah aku, mama terus keluar dari rumah menjemput aku. Aboy sekadar mempamerkan senyuman kepada mama dan meminta diri untuk pulang. Mama hanya mengangguk. Aku kemudiannya masuk ke rumah dan merebahkan diri di atas sofa.

Tanpa aku sedar, aku sudah pun dibuai lena.

Rabu

“ Jom, kita keluar. Aku ada benda nak bagitahu kau,” Aboy berkata dengan tenang. Aku hanya mengangguk, memandangkan tiada apa yang boleh aku lakukan hari ini.

Kami membuat keputusan untuk singgah di restoran Full House. Unik sungguh restoran itu, dengan hiasan ala-ala english style, dan menu makanan yang sangat comel membuatkan aku berasa tenang. Aku hanya memesan sepotong kek dan air Coppucino manakala Aboy memesan Spaghetti Bolognese dan air epal. Setelah waiter itu berlalu dari meja kami, Aboy memandang tepat ke arah wajahku.

“ Dah hampir setahun.. aku bagi kau masa, dan kau tak beri apa-apa keputusan,” mendatar sahaja suara Aboy ketika berkata. Aku hanya membisu.

“ Dan aku dah buat keputusan..” Aboy menghela nafas panjang. Saat ini, hati aku berdegup kencang. Apa keputusan yang Aboy buat ni?

“ Aku akan bertunang dengan orang lain minggu depan,” tercengang aku dibuatnya. Aboy memandang ke arah lain.

“ Baguslah kalau macam tu.. tahni...” Aboy lantas memotong.

“ Tahniah? Kau ingat aku suka bertunang dengan perempuan tu? Aku sentiasa berharap kau, Ju.. disebabkan aku rasa kau tak ada hati langsung dekat aku, aku suruh mak aku carikan pengganti kau.. dan senang-senang je kau cakap tahniah? Setahun aku menunggu jawapan kau, rupa-rupanya kau anggap harapan aku terhadap kau tak penting..?” Aku tergamam. Sungguh.. tak sangka Aboy akan tengking aku sebegini.

“ Bukan itu maksud aku...”

“ Dah! Aku tak nak dengar apa lagi penjelasan dari mulut kau, aku sayang kau Ju.. tapi kau buat aku macam ni, aku kecewa!” Aboy terus bangun dari kerusi dan meninggalkan aku yang terpaku di situ.

Air mata tak dapat kutahan lantas mengalir ke pipi. Apa yang aku dah lakukan sehingga Aboy benar-benar benci aku? Aku beri dia harapan? Harapan apa? Aku tak pernah berkata ‘ya’ atau ‘tidak’ kepadanya.

Tiba-tiba seorang pelayan datang dengan hidangan yang kami pesan tadi. Selera aku mati serta-merta. Aku hanya meminum setengah gelas Coppucino dan membayar kesemuanya. Aku menahan sebuah teksi dan meminta pemandu itu untuk menghantarku ke Klang.

Aku hanya termenung ketika berada di dalam teksi itu. Aku sangat keliru dengan situasi ini. Betul ke Aboy masih mengharapkan aku? Aku mengeluh perlahan.

“ Cik, kenapa saya tengok cik ni macam ada masalah?” Pemandu itu tiba-tiba menegur aku. Aku segera menoleh ke arahnya.

“ Tak.. tak ada apa-apa,” aku berkata perlahan.

“ Dari tadi saya tengok cik mengeluh sana mengeluh sini, takkan lah tak ada apa?” pemandu itu berkata tanpa memandang aku. Aku terdiam seketika.

“ Kalau saya ni menyibuk, maaflah.. tapi saya cuma nak menolong,” katanya lagi, selepas tiada respon di bibir aku. Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.

“ Macam ni. Kawan saya pernah kata dia cintakan saya setahun yang lepas. Tapi saya tak beri respon sampailah harini, sebab saya tak suka bercinta buat masa ni. Tadi dia ajak saya keluar makan, dia marah saya. Dia cakap disebabkan saya tak bagi jawapan sampai sekarang, dia dah nak bertunang dengan wanita lain. Saya tak kisah pun, malah saya lebih suka sebab tak ada langsung perasaan cinta yang hinggap di hati saya. Dia tinggalkan saya seorang kat kedai makan tu dan saya kat sini sekarang,” aku menarik nafas dan menghembus kembali. Penat kerana dalam senafas aku meluahkan segala-galanya kepada orang yang aku tak kenal itu.

“Oh, macam tu.. mungkin kawan kamu tu betul-betul cintakan kamu? Dan mungkin juga dia kecewa sebab kamu tak kisah bila mendengar dia bertunang dengan perempuan lain. Kamu tak suka bercinta ya?” aku terkedu. Lambat-lambat aku membalas.

“ Err... ya, tak minat. Saya lebih utamakan kerjaya, daripada bercinta,”

“ Pakcik tengok kamu ni macam umur 25, selalunya umur macam tu memang sedang hangat bercinta. Ada juga yang dah kahwin ketika berusia 25. Tapi hairan, kamu pulak tak suka,” pakcik itu tersengih. Aku hanya tersenyum tawar.

“ Haha.. lagipun saya belum puas nak enjoy dengan kawan-kawan saya, pakcik,”

“ Anak lelaki pakcik pun, sama aje macam kamu, nak. Umur dah 22 tapi tak mahu kahwin. Sama aje alasannya, belum puas nak berseronok. Kamu ni umur berapa?” aku tergelak perlahan mendengar pakcik itu mengeluh.

“ Umur saya 22 tahun, pakcik.” Jawabku lembut. Sesekali aku cuba melihat wajah pakcik itu melalui cermin depan, tetapi gagal.

“ Oh.. maaflah tadi pakcik cakap kamu 25. Okey, nak. Dah sampai dah,” ujarnya perlahan. Aku memandang sekeliling. Sekelip mata sahaja aku dah berada betul-betul di hadapan rumah aku. Ketika aku menghulurkan sekeping not RM50 kepada pakcik itu, dia hanya menggeleng.

“ Pakcik ikhlas hantar kamu, nak.. lagipun memang hari ni salah satu hari istimewa untuk penumpang. Siapa yang bertuah naik teksi pakcik, pakcik tak terima duitnya,” pakcik itu melemparkan senyuman yang ikhlas. Aku pula serba salah.

“ Pakcik, saya lagi ikhlas beri pakcik duit ni. Ambillah, kalau pakcik tak terima sebagai upahan kerana menghantar saya ke sini, anggap sajalah saya sedekahkan kepada pakcik,” aku berkata dengan ikhlas. Lama pakcik itu terdiam. Akhirnya dia menyambut duit itu daripada aku dengan ucapan terima kasih yang bertalu-talu.

Setelah teksi pakcik itu berlalu meninggalkan kawan perumahan aku, aku menekan loceng rumah. Kelihatan mama muncul di depan pintu dan memberi senyuman kepadaku. Aku hanya membalas hambar. Bukan tidak tahu, makin hari mamanya makin paksa aku untuk berkahwin. Mahu tidak mahu, terpaksalah aku mendiamkan diri.

“ Kenapa Afeeq tak hantar Ju?” soal mama hairan.

“ Dia ada hal.. tak sempat nak hantar Ju balik,” jawabku acuh tak acuh. Selesai menyalami mama, aku terus masuk ke bilik. Mama yang kelihatan berkerut dahi kubiarkan. Aku tak perlukan sesiapa buat masa sekarang.


>>Older Post | Newer Post<<
The Author