Part 3
Monday, 5 December 2011 | 02:23 | 0 comments
Selasa
Sudah 5 bulan rasanya aku dan Aboy berkawan semula setelah 4 tahun lost contact. Aku gembira di sisinya, dia sangat menyenangkan dan terlalu mengambil berat tentang aku. Dia seorang kawan yang baik kan? Beruntung aku dapat kawan sepertinya.
Hari ini, aku tidak dapat bertemu dengannya kerana Aboy perlu ke Bangsar. Bila ditanya sebabnya, tidak pula dia jawab. Tak mengapalah, buat apa aku nak mencampur urusan dia? Aku sekadar kawan sahaja. Aku tersenyum sebaik teringatkan kejadian sebulan lepas, di mana Aboy dan aku dianggap sebagai pasangan kekasih yang sweet oleh 2 orang pemuda di sebuah taman air pancut.
Di sebuah taman air pancut..
“ Boy, kau cuba tengok perempuan tu,” aku menunjuk ke arah seorang gadis. Aboy hanya memandang gadis itu dengan pandangan kosong.
“ Kenapa dengan dia?”
“ Cantik kan dia?”
“ Muka macam tu kau kata cantik? Aku rasa kau lagi cantik,”Aboy berkata bersahaja. Mulutnya penuh dengan aiskrim yang sedang dimakannya.
“ Aku mana cantik, haha.. mengarut aje kau,” aku nafikan.
“ Betul, kau memang cantik. Kau cantik cam bulan,” Aboy mengiyakan. Bersungguh-sungguh dia yakinkan aku untuk percaya.
“ Bulan mana cantik? Berlubang-lubang, oh kira ni nak perli aku lah eh?” aku membuat nada seakan-akan merajuk.
“ Hehe.. pandai pun. Eh, mulut aku comot tak?” Aboy tersengih kemudiannya memandang tepat ke wajah aku.
“ Jap,” aku mengambil helaian tisu melalui beg tangan aku dan lapkan sisa aiskrim yang comot di sekitar bibir Aboy.
“ Aku tak suruh pun kau lapkan, baiknya bini aku ni,” Aboy mengusik. Tiba-tiba pipi aku kemerahan. Iya tak ya juga, Aboy tak suruh aku lapkan pun, nampak sangat macam aku terhegeh-hegeh nak ambil kesempatan.
“ Kau jangan salah faham! Aku.. aku..” aku tak sempat menjelaskan kebenaran yang sebenar, kerana tiba-tiba ada dua orang pasangan kekasih menerpa kami berdua.
“ You guys cute lah! Dari tadi I dengan boyfriend I perhatikan you all.” Kata salah seorang daripada mereka. Aboy dan aku saling berpandangan antara satu sama lain, kemudian kami ketawa dengan kuat.
“ Awak, kitorang cuma kawan ajelah.. jauh sangat korang buat tanggapan terhadap hubungan saya dengan dia ni,” aku membalas sambil ketawa. Pasangan kekasih itu mengerut dahi, hairan. Takkanlah kawan sampai lapkan mulut comot tu semua?
“ Oh, kitorang tersilaplah ni.. hehe, malunya.. okeylah, I dah nak balik. And, hope you guys jadi couple yang betul-betul satu hari nanti. Have a nice day!” pasangan kekasih itu pun berlalu meninggalkan aku dengan Aboy yang terpinga-pinga.
“ Apa maksud dia, Boy?”
“ Entah, dia suruh kita kahwin,” jawab Aboy selamba. Aku menyiku lengannya.
“ Merepek aje! Dah, hantar aku balik.” Aku mendengus geram, dan mula merajuk.
“ Alalala... kalau ditakdirkan kau untuk aku satu hari nanti, kau tak nak ke?” tanya Aboy, sekadar menguji kawannya itu.
“ Kalau lelaki baik macam kau, aku nak! Hahahahahaha,” pecah tawa kami berdua. Orang di sekeliling hanya memerhati kami berdua yang ketawa seperti orang gila di tepi kawasan air pancut.
Tiba-tiba, pintu bilik diketuk. Aku tersentak. Aku segera membuka pintu dan mama sedang berdiri betul-betul depan pintu. Aku tersenyum tawar dan mempelawanya untuk masuk ke bilik aku. Aku menghempaskan badanku di atas katil.
“ Mama tengok makin hari Ju dengan Feeq tu makin rapat,” mama mulakan bicara. Aku memandang mama.
“ Ya, rapat sebagai kawan aje ma. Tak lebih pun,” aku jawab acuh tak acuh.
“ Kalau boleh, rapatlah lebih daripada kawan ya nak,” mama berkata dengan ceria. Wajahnya berseri-seri. Aku mengalih pandangan ke arah lain dan mengeluh.
“ Ma.. tolonglah jangan cakap tentang kahwin ni semua, Ju belum rasa nak bina hidup dengan orang lain lagi ma..” aku membalas separuh merayu. Ditatap wajah mama yang masih menawan itu.
“ Mama hairanlah, nak.. kenapa anak mama ni terlalu keras nak berkahwin dengan orang lain? Tak nak ke timang cahaya mata? Mama teringin nak main dengan cucu mama..” mama berkata dengan nada sebak.
“ Ya, ma.. mama akan capai juga hasrat mama, nanti Ju fikirkan.. Ju tak nak, kalau lepas kahwin Ju tak bahagia..” aku menjawab lemah. Terasa begitu malas untuk bincangkan tentang ini.
“ Kalau boleh, tahun ini..” mama cuba mendesak. Aku semakin lemas dengan desakan yang tidak henti daripada mama.
“ Mama! Berhentilah desak Ju suruh kahwin, Ju masih muda,” aku meninggikan suara dengan tidak sengaja. Aku terlalu tertekan dengan desakan mama yang suruh aku untuk cepat berkahwin. Bukan senang untuk berkahwin, selepas ini sudah tentu aku dikongkong dan perlu duduk di rumah menjaga anak dan membuat kerja rumah.
Mama terdiam seketika. Wajahnya yang ceria tadi bertukar menjadi suram. Tanpa berkata sepatah perkataan, dia terus keluar dari bilik aku. Rasa bersalah mula menerpa diri aku. Kasar sangatkah bahasa aku sehingga mama kecil hati sebegitu sekali? Aku mengeluh perlahan dan terduduk di birai katil.
The Author



