NOVEL
Part 2
Tuesday, 29 November 2011 | 03:05 | 0 comments

Jumaat

Sebaik aku bangun, aku terus mencapai handphone aku. Tertera nama Aboy pada skrin handphone aku. Aku menjawab panggilan dia dengan memberi salam. Dia membalasnya tenang.

“ Oi minah! Sekarang pukul 10, aku amik kau pukul 2.30 tengahari boleh tak? Bukan apa, nak solat Jumaat.. harini kan hari Jumaat? Hehe..” kedengaran suara dia sangat ceria hari ni. Aku pun ikut ceria sama.

“ Haha yelah kalau macam tu, apa-apa hal, text or call aku. Tau? Bye assalamualaikum,” aku terus matikan talian. Baru pukul 10 pagi ke? Eloklah, aku nak sambung tidur. Lagipun lambat lagi Boy nak ambil aku, ada masa lagi..

Tiba-tiba, skrin handphone tertera nama Aboy lagi. Tetapi kali ini pesanan ringkas. Aku membaca text yang dia hantar pada aku. Setelah membacanya, aku ketawa sendirian.

“ Aku sayang kau! Jaga diri, okey?”

Aku pun balas mesej itu dengan perkataan yang sama. “ Aku pun sayangkan kau Boy, ye kau pun jaga diri.” Aku terus sambung tidur tanpa menghiraukan lagi mesej yang bakal Boy balas kembali.


Aku mencelik mataku. Kaburnya.. aku menjeling ke arah jam dinding yang terletak di sudut chalet aku. Eh? Sudah pukul 3 petang? Biar betul apa yang aku nampak ni? Aku menggosok mataku perlahan dan meneliti angka pada jam dindingku. Sah! Aku memang dah terbabas! Lantas kucapai telefon aku lalu menyemak samada ada pesanan ringkas atau missed call daripada Aboy.

48 missed call dan 37 unread messages! Oh tidak! Apa yang aku buat ni? Aku terus menelefon Aboy, aku memang rasa bersalah tahap maksima. Kedengaran suara di talian memberi salam. Aku menghela nafas lega. Alhamdulillah, aku fikir dia tak jawab.

“ ABOY! Aku minta maaf sangat-sangat! Aku tertidur tadi, tak sedar langsung. Ini, aku baru bangun terus call kau. Aku minta maaf Boy..” Aku berkata dalam senafas, dan mula tercungap. Aboy tergelak mendengar suaraku yang agak cemas.

“ Hahaha.. tahu pun takut? Aku ingatkan kau busy sangat sampai tak nak jawab panggilan aku, rupa-rupanya busy buat tahi mata. Ish.. teruknya perangai. Ha, nak pergi jalan tak ni?” Aboy memerli aku secara halus. Eh, tak guna punya kawan. Aku tersenyum.

“ Sekali sekala, tak salah kan? Hmm.. eh mestilah jadi! Aku kan dah janji.. okeylah, aku nak mandi dulu ni. Nanti pukul 3.30 petang kau amik aku ya? Bye assalamualaikum,”

“ Okay, waalaikumusalam.. jangan lupa solat Zohor dulu cik adik,” talian terus dimatikan. Aku mengurut dada. Syukur, Boy tak marah pun. Aku terus mengambil tuala yang tergantung di belakang pintu bilik chalet aku lalu melangkah masuk ke bilik air.

Aku mengenakan baju berlengan panjang berwarna biru lembut dan legging, rambut ikalku diikat tinggi dan aku bersolek ala kadar. Setakat gincu berwarna merah jambu dan mascara serta eye liner sahaja cukup bagi aku. Aku memakai slingbag LV dan keluar dari chalet aku, dan bersedia menunggu Aboy di tepi bustop.

Tidak sampai 15 minit, kereta Peugeot berhenti tepat di hadapan bustop. Aku mengukir senyuman yang manis lalu menuju ke arah kereta tersebut dan membuka pintu keretanya. Setelah masuk ke dalam perut kereta Aboy, aku memandang tepat ke arah Aboy yang sedang memerhati gerak-geri aku sejak aku mula masuk ke dalam keretanya.

“ Kenapa?” aku bertanya hairan.

“ Assalamualaikum, hehe”

Aku mencebik. Ada-ada je kawan aku ni, aku menjawab salamnya dengan lembut.

“ Tak nak pergi makan dulu ke?” Aboy menukar topik.

“ Nanti bila kat sana, kita cari McDonald atau PizzaHut okey?”

“ Okey, I follow..”

Perjalanan ke shopping kompleks itu mengambil masa setengah jam. Sesudah mendapat parkir, aku dan Aboy mencari McDonald’s di sekitar shopping kompleks itu. McDonald’s memang sebuah restoran junk  food yang cukup terkenal dengan pelbagai jenis burger. Pelanggan juga tak putus-putus datang ke sana untuk menikmati burger yang lazat, aku dengan Aboy tak terkecuali. Aku meng-order Spicy Chicken Mcdeluxe dan Aboy pula BigMac.

Sedang aku asyik makan burger, tiba-tiba Aboy memulakan topik memandangkan masing-masing tadi hanya mendiamkan diri melayan burger.

“ Lepas ni kau nak pergi jalan area mana dulu?”

Aku terdiam, terfikir-fikir ke mana aku mahu mulakan lepas beredar dari McDonald ni.

“ Padini Aunthentics dulu? Sebab aku nak beli cardigan terbaru kat sana, cun tu~” aku mengangkat ibu jari tanda TERBAIK.

“ Okey, lepastu kau pula kena ikut aku pergi area Renoma. Aku nak beli ‘seluar kecik’ dengan coat untuk pekerjaan baru aku nanti.” Aboy menjawab bersahaja. Aku tergelak apabila terdengar perkataan ‘seluar kecik’ yang bermaksud seluar dalam. Aboy.. aboy. Ada je modal kau nak buat aku ketawa.

Okay!” aku memasukkan baki burger yang terakhir ke dalam mulut dan mengunyah perlahan.


Keadaan di butik pakaian PA sangat sesak dengan pembeli. Maklumlah, ada sale. Aku juga tak melepaskan peluang untuk membeli sepasang cardigan, sehelai baju-T PA dan beg tangan. Aku menghabiskan RM 378.59 untuk semua itu. Puas hati aku, walaupun banyak kali berebut dengan pelanggan lain, akhirnya aku tetap dapat apa yang aku mahu.

Sekarang, giliran aku pula kena temankan Aboy pergi ke area Renoma. Aboy suruh aku pilihkan coat mana yang sesuai dengan badannya yang tinggi dan sasa itu. Kalau diikutkan, apa yang Aboy pakai semua sesuai and tetap handsome, jadi tak perlulah aku pilih-pilih untuknya. Selesai membeli semua barang yang ingin dibeli, Aboy meminta aku tunggu sebentar kerana dia nak pergi buang air. Aku tak kisah pun, yang penting dia tak tinggalkan aku seorang diri di sini sudah.

3 jam aku dan Aboy menghabiskan masa dengan membeli belah di sana. Setelah penat berjalan tanpa henti, aku meminta Aboy untuk menghantar aku balik ke chalet. Aboy tidak membantah walaupun dia masih ada barang yang mahu dibeli. Semasa di dalam kereta, kami berdua berbual dengan rancak. Aku rasa seronok bersama Aboy, seronok kerana kawan lama yang aku rindui selama 4 tahun kini berada di sebelah aku. Aku rindu nak main tepung dengan dia dan Radzi. Tak sangka, akhirnya aku berjumpa juga dengan dua-dua lelaki ini.

Thank you Boy sebab layan kerenah aku hari ni, lain kali kita pergi lagi okey?” aku memberi senyuman yang ikhlas dan manis buatnya.

“ Haha.. kecil punya hal. Oh ya! Nah.. ni untuk kau, aku sempat belikan tadi masa kau leka pilih cardigan kat PA tu..” Aboy menghulurkan seutas rantai yang buahnya berbentuk hati. Pipi aku terus merona tiba-tiba. Malu pula apabila lelaki menghadiahkan aku rantai. Selama ini tak pernah ada pun yang ingin menghadiahkan aku rantai terutamanya kaum adam. Maknanya, Aboy lah lelaki pertama yang berikan aku hadiah. Aku mengambil rantai itu dengan tangan yang menggeletar.

“ Te.. terima kasih... comel rantai ni..” tergagap-gagap aku tuturkan kata, sambil tersenyum melihat rantai itu. Aboy tersengih. “ Suka?”

“ Mestilah.. hehe, terima kasih. Aku pergi dulu eh? Bye,” aku keluar dari keretanya.

“ Julia!” jeritnya dari dalam kereta. Aku menoleh ke arahnya.

“ Aku sayang kau!” Aboy berkata sambil membuat isyarat tangan tanda ‘ i love you’ pada aku. Aku melemparkan senyuman dan membuat isyarat tangan juga yang bertanda ‘ i love you too’ kepadanya.

“ Aku pun sayang kau! Babai,” aku melambai-lambai ke arahnya. Kereta Aboy terus memecut laju dan dalam berapa minit sahaja bayangannya lesap.

Ahad

Aku terpaksa pulang ke Klang, iaitu rumah mama dan papa kerana baru sahaja tadi aku mendapat panggilan mengatakan bahawa papa dimasukkan ke wad. Apa puncanya, aku tak sempat untuk bertanya. Ah, kesihatan papa lebih penting daripada Kuantan! Aku menelefon Aboy untuk memaklumkan hal ini.

“ Assalamualaikum..”

“ Waalaikumsalam, kau nak ajak aku keluar town lagi ke Ju? Hehe..” suara Aboy begitu ceria sebaik mendengar suara aku memberi salam.

“ Haha.. tak adalah, aku terpaksa balik ke rumah mama papa aku, papa aku masuk wad..” aku berkata lemah.

“ Laa.. kenapa pulak boleh jadi macam tu? So kau nak balik Klang lah ni? Jomlah, aku ikut kau. Dah lama aku tak jumpa mama papa kau, boleh lah ye?”

Aku terkedu. Eh? Takkan nak ikut sama? Nanti apa pula kata papa dan mama bila aku datang melawat papa dengan ditemani lelaki. Aku cuba berdalih.

“ Ah..? aku seganlah Boy.. nanti apa pulak mama papa aku cakap,” aku memujuk.

“ Tak apa, lagipun kita kan kawan? Takkan tak boleh kalau aku nak melawat papa kau?” Suara Aboy seakan-akan merajuk. Aku kehilangan idea untuk memberi alasan. Akhirnya aku mengalah.

“ Hmm.. okeylah, aku gerak lepas Asar nanti. Kau dengan Peugeot kau, aku dengan Camry aku. Jumpa aku dekat bustop depan chalet aku. Bye-bye,” aku matikan telefon. Terasa berat untuk membawa Aboy sama-sama balik ke Klang untuk menjenguk papa. Aku tak mahu, nanti mama dan  papa fikir Aboy ni boyfriend aku. Aku sekadar kawan lamanya dan tak lebih pun hubungan kami berdua. Aku mengeluh perlahan.

Aku memasukkan barang-barang dan cenderamata dari Kuantan ke dalam bonet kereta aku. Sesekali aku memandang di luar chalet, sama ada Aboy sudah tiba atau belum. 20 minit kemudian, kedengaran bunyi hon kereta bertalu-talu menyebabkan aku menoleh ke arah bunyi hon tersebut. Aboy sudah sedia menunggu di luar chalet. Aku mempamerkan senyuman.

Kami berdua memandu dengan kereta masing-masing selama 3 jam ke Klang. Nasib baik minyak kereta masih penuh, tak perlu berhentikan kereta di mana-mana tempat isi minyak. Sambil memandu, aku menyanyi kecil lagu yang disiarkan di radio.

Setibanya di rumah mama dan papa, aku memberi salam dan muncullah mama yang sudah lama menunggu aku sejak pukul 12 tengahari yang lalu. Mama memerhatikan Aboy dari atas ke bawah berulang kali, dan mengangkat kening ke arah aku. Aku menelan air liur. Ini.. apa yang aku patut buat sekarang?

“ Ma.. ni kawan lama sekolah menengah Ju dulu, Afeeq. Mama ingat tak? Yang kawan dengan Radzi tu..” aku bersuara setelah perhatikan mama yang tidak habis-habis merenung Aboy. Aboy juga berasa tidak selesa ditenung sebegitu.

“ Afeeq? Hmm.. mama tak ingatlah. Macam mana boleh jumpa ni?” mama memberikan senyuman yang ikhlas kepada Aboy. Aboy membalas dengan bersalaman dengan mama.

Aunty.. jangan salah faham. Saya ni kawan Ju sahaja, tak lebih.. kitorang terjumpa masa dekat Kuantan hari Khamis lepas..” Jawab Aboy jujur.

“ Kuantan? Apa Ju buat kat sana? Tak inform kat mama papa pun?” mama mengerutkan dahi. Aku menepuk dahi dan merenung tajam ke arah Aboy. Aboy menjongketkan bahu tanda dia tidak tahu apa-apa.

“ Err... Ju nak release tension lah ma.. lagipun dekat sana ada wedding Radzi, tu yang Ju pergi. Ju minta maaf ya ma, lepas ni Ju tak akan tipu ma lagi..” aku memujuk mama yang sudah mula merajuk.

“ Yelah, mama tak penting kan..? Sudah, bawa kawan kamu ni masuk. Lepas Isyak kita pergi melawat papa ya?” mama berkata perlahan dan terus meninggalkan aku berdua dengan Aboy. Terkebil-kebil aku melihat mama masuk ke dalam rumah. Aku memandang Aboy.

“ Kenapa kau cakap aku kat Kuantan, bodoh?! Eeeee..” sebuah cubitan hinggap di perut Aboy. Berkerut-kerut muka Aboy menahan pedih.

“ Aduh........ apa kau buat ni Julia oi.. sakit tahu tak! Manalah aku tahu yang kau tak beritahu mama kau fasal kau pergi wedding Radzi tu!” Aboy membela diri. Memang benar, dia tidak tahu yang aku pergi tanpa memberitahu mama dan papa fasal ni. Aku mengeluh.

“ Yalah.. jom masuk rumah aku yang tak seberapa ni,” aku menjemput Aboy masuk, walaupun aku geram atas apa yang berlaku sebentar tadi.

Tiga biji cawan yang berisi air teh o panas dan beberapa biji goreng pisang cukup untuk dihidangkan kepada tetamu. Aboy makan dengan berselera sekali manakala aku dan mama pula hanya menjadi pemerhati.

“ Afeeq dah berpunya?” mama bertanya dengan lembut. Itulah dia, taktik untuk menyuruh orang meminang aku lah tu!

“ Belum, aunty.. saya masih muda, kerja pun tak tetap lagi.. macam mana nak sara keluarga?” Aboy menjawab dengan tenang. Aku menyokong penyataan Aboy, kita masih muda, tak perlu sarat fikirkan tentang keluarga semua tu.

“ Haha.. betullah tu.. tapi umur macam Julia ni, dah sesuai sangat untuk mendirikan rumah tangga. Ye tak, Afeeq?” mama cuba membuat andaian lain, sebenarnya dia malu mendengar jawapan Aboy tadi. Nampak sangat seperti dia yang terhegeh-hegeh untuk kahwinkan Ju, walhal anak muda di depannya ini berfikiran lebih matang daripadanya.

“ Julia memang sesuai untuk kahwin sekarang, tapi dia ada beritahu saya yang dia nak berjaya dulu. Berjaya dulu, baru fikir tentang kahwin. Baru hidup bahagia, aunty.” Aboy mengenakan mama sekali lagi. Aku tersengih sebaik melihat wajah mama yang mula kuning-kekuningan. Rasakan! Asyik mama aje yang nak menang dengan aku, kali ini kawan kamceng aku hantam sebiji pada dia pula.

“ Hmm.. yelah Feeq. Aunty masuk dapur dulu ya, nak siapkan makan malam. Afeeq bual-buallah dulu dengan Ju..” mama meminta diri untuk ke dapur. Sebenarnya, dia terasa tercabar dengan setiap perkataan yang terkeluar daripada mulut Aboy. Pandai budak ni kenakan aku secara halus! Mama mendengus kuat. Aku mengangkat ibu jari kepada Aboy, good job bro!

Selesai menikmati makan malam dan menunaikan solat Isyak, kami bertiga memutuskan untuk pergi ke Hospital Pantai bagi melawat papa. Pada mulanya, Aboy ingin membawa Peugeotnya dan aku dengan mama pula guna kereta Camry ke sana. Tetapi setelah dipujuk mama untuk pergi dengan hanya satu kereta sahaja, akhirnya Aboy terpaksa mengalah.

Semasa dalam perjalanan, mama tak habis-habis interview Aboy. Nak gayanya mama mula suka Aboy. Aku yang memandu pula naik rimas kerana mama asyik bertanya tentang peribadi Aboy. Sesekali aku cuba menyuruh mama untuk berhenti bertanyakan soalan sebegitu, namun mama tidak endahkan kata-kata aku.

Akhirnya, tiba juga kami bertiga di Hospital Pantai. Aku bergegas ke bilik wad yang papa berada. Tombol pintu dipulas dan ditolak, aku menuju ke katil papa dengan segera. Papa tersenyum melihat aku. Aku bersalaman dengannya, papa mengusap rambutku perlahan.

“ Papa tak apa-apa? Papa sakit apa?” soalku.

“ Papa letih.. tak banyak rehat, masa dekat office papa tiba-tiba pengsan..” kata papa dengan lemah.

“ Papa tak payah kerjalah lepas ni.. Julia risau kesihatan papa,” aku berkata dengan sebak. Air mata mula mengalir ke pipi dan lantas kuseka.

“ Jangan risau, nak.. papa okey. Ni, Julia bawa boyfriend Julia ke?” aku tersentak sebaik papa bertanyakan soalan itu. Aku dan Aboy saling berpandangan dan aku menoleh kembali ke arah papa dan tersenyum.

“ Tak, pa.. ni kawan lama Ju, Afeeq..” aku menjawab lembut dan Aboy menghampiri papa lalu mereka bersalaman. “ Apa khabar pakcik?” Aboy sekadar berbasa-basi.

Baru sahaja papa ingin bertanya, tiba-tiba seorang jururawat masuk ke bilik wad tersebut dengan sebuah troli yang dipenuhi ubat dan makanan. Kami hanya memerhatikannya.

“ Maaf, masa untuk melawat sudah habis. Pesakit perlu berehat sekarang,” tutur jururawat itu dengan sopan. Aku mengangguk tanda faham dan memandang papa.

“ Pa.. esok pagi Ju datang tengok papa lagi ya.. papa jangan buat Ju risau lagi..” aku menghadiahkan satu kucupan di dahi papa dan menyalamnya. Papa hanya mengangguk lemah dan menepuk-nepuk bahu aku lembut.

Aboy dan mama juga bersalam dengan papa. Kemudian, kami bertiga pulang ke Klang untuk berehat. Aboy meminta diri untuk pulang ke rumahnya di Damansara, kerana rasanya tidak manis kalau jiran lihat dia berada di dalam rumah anak dara sehingga lewat malam begini. Pada mulanya mama menghalangnya untuk balik ke Damansara, tetapi selepas aku menegurnya, akhirnya mama terpaksa mengalah.

Aku merebahkan diri ke atas katil. Leganya.. aku terfikirkan tentang aktiviti yang bakal aku lakukan. Esok pagi, aku mesti melawat papa. Dan, haruskah aku mengajak Aboy untuk temankan aku? Ah.. kasihan dia. Penat-penat dari Damansara ke Klang berulang-alik, rasanya tak perlu ajaknya esok.

Sedang aku asyik memikirkan tentang kesihatan papa, telefon bimbitku berbunyi tanda ada pesanan ringkas yang baru diterima. Aku mencapai malas dan melihat pada skrin telefon aku. Aboy.. apa yang dia mahu?

Julia, esok kalau kau nak aku temankan kau tengok papa kau, call aku. Lagi satu, sebelum tidur basuh muka dan cuci kaki. Aku doakan papa kau cepat sihat. Aku sayang kau, goodnight.

Aku terharu sebaik membaca mesej yang diterima sebentar tadi. Baiknya hati Aboy, sanggup menawarkan diri untuk temankan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai kawan yang mengambil berat dan menghormati orang tua. Aku membalas mesej tersebut.

Terima kasih sebab sudi temankan aku, esok kalau aku ke sana, aku call kau ya. Tak payah basuh muka semua tu, aku dah pun mandi tadi, haha.. aku pun sayang kau juga, selamat malam.

Butang hantar kutekan. Akhirnya aku terlena dibuai mimpi.

Aboy memandang kipas yang ligat berpusing yang terletak di atas syiling biliknya. Apa sebenarnya perasaan dia terhadap gadis yang bernama Julia itu? Adakah dia menyintai gadis tersebut? Mengapa sejak mereka bertemu di majlis perkahwinan Radzi, hubungan mereka semakin rapat dan hampir setiap hari mereka keluar bersama? Aboy mengeluh.

Kalau dia benar-benar sudah jatuh hati kepada kawan karibnya sendiri, mampukah dia berterus terang dengan gadis itu? Dia buntu memikirkan hal ini. Dan baru-baru ini, apabila mata mereka saling berpaut, jantungnya akan berdegup kencang dan dia akan berasa malu untuk bertentangan mata dengan Julia.

Sudikah Julia menerimanya sebagai kekasih? Aboy takut untuk luahkan perasaannya kerana dia merasakan bahawa Julia tidak menyintainya dan hanya menganggapnya sebagai kawan karib yang rapat. Bagaimana kalau selepas aku meluahkan perasaan aku, dan dia semakin menjauhkan diri daripada aku? Argh! Aku tak sanggup melihat persahabatan kami berdua terputus begitu sahaja.

Julia.. kalaulah kau tahu, sejak di bangku sekolah lagi aku menyintai kau, tentu kau akan berasa janggal untuk berkawan dengan aku selepas ini. Aku tahu kau rapat dengan Radzi, sebab itu aku cuba mengenali kau dengan lebih rapat melalui Radzi. Akhirnya Radzi perkenalkan aku kepada kau dan aku bersyukur kerana kau terima aku sebagai kawan baru kau. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya hati aku semasa bersama kau. Dan bila kita sibuk dengan kolej dan universiti masing-masing, aku cuba mencari kau selama 4 tahun tetapi gagal. Radzi juga yang menolong aku. Dia memberi nombor telefon kau kepada aku, dan dia yang menyuruh aku telefon kau apabila tiba hari perkahwinannya bersama Natra. Aku benar-benar cintakan kau, Julia.. tapi biarlah aku pendamkan dulu perasaan aku ini.

Aboy terus terlena.



-BERSAMBUNG-


>>Older Post | Newer Post<<
The Author