Part 1
Sunday, 27 November 2011 | 05:21 | 0 comments
Julia, 21 tahun. Tak pernah ada pengalaman bercinta, lebihkan belajar daripada bercinta dan suka bercuti seorang diri tanpa ditemani keluarga atau rakan yang lain. Well – Julia tu aku. Buku ni, cerita kisah hidup aku, boleh dikatakan macam diari. Aku tak galakkan kau orang baca kisah hidup aku, kerana aku takut kau orang juga akan rasa keperitan yang aku lalui.
Khamis
Aku menerima panggilan daripada Radzi, kawan aku yang menetap di Kuantan. Dia suruh aku datang ke Kuantan, ada kenduri kahwin dia dan isterinya katanya. Aku berminat untuk ke sana, lalu kukemaskan baju dan alat-alat solek ke dalam beg galas kerana mungkin aku akan menginap hotel atau chalet di sana selama beberapa hari.
Semasa dalam perjalanan ke Kuantan, aku terfikirkan sesuatu. Sebenarnya, aku cuba larikan diri daripada bertemu dengan mama dan papa. Mereka paksa aku untuk berkahwin, dan aku sememangnya belum bersedia. Memanglah aku ni anak sulung mereka tapi aku tak terlintas untuk bina rumahtangga langsung. Banyak kali aku suruh mereka memberi masa untuk aku berjaya dahulu, tetapi mereka degil sangat. Nak timang cucu kata mama.
Lagipun, aku tak ada pengalaman bercinta dengan sesiapa sepanjang hidup aku. Aku tak suka bercinta, entahlah. Hati aku belum bersedia untuk menerima mana-mana lelaki lagi buat masa ni. Yang aku tahu, belajar. Bila berjaya, barulah ada semangat untuk berkahwin. Semestinya kebahagiaan yang aku harapkan selalu.
Perjalanan ke sana mengambil masa selama 3 jam. Akhirnya tiba jua aku di kawasan rumah Radzi. Meriahnya di rumah Radzi. Aku tak sabar untuk berjumpa dengannya. Sudah hampir 4 tahun kami tidak bertemu, dan inilah masa yang sesuai untuk berjumpa dengannya. Aku tersenyum sebaik sahaja melihat kelibat Radzi. Bergayanya dia, untunglah muka kacak, pandai pula tu. Aku memanggil namanya dengan perlahan.
“ Zi,”
Radzi menoleh. Wajahnya terus berubah menjadi semakin ceria daripada sebelumnya. Aku memberi hadiah kepadanya dan mengucapkan tahniah. Dia kelu tak terkata. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman, dari dulu lagi. Aku bersyukur kerana kawan aku yang nakal ni dah jadi suami orang. Dan.. aku bila lagi? Senyumanku terus pudar.
“ Kau datang juga ya, Ju! Terharu aku, tak sangka kawan yang aku selalu buli ni sanggup datang semata-mata nak tengok aku naik pelamin!” Radzi mengusik, aku berhenti mengelamun dan terus memandangnya.
“ Haha, tengok kau bahagia, Alhamdulillah, aku pun tumpang gembira. Kirim salam dekat isteri kau, mesti cantik kan dia? Aku nak balik. Sekadar untuk berikan kau dengan isteri kau hadiah ni je. Terima kasih sebab sudi jemput aku ya Zi,” aku tersenyum kembali. Radzi mengeluh, wajahnya tidak berpuas hati.
“ Alah, temanlah aku. Tengoklah aku dengan Natra kat atas pelamin, lagipun dah 4 tahun lebih kita tak jumpa. Aku rindu kau tahu tak? Jomlah hari ni kita sambut hari raja Radzi haha,” Radzi memujuk aku supaya tidak terlalu cepat meninggalkan majlis kenduri kahwinnya.
“ Tapi…” tak sempat aku berkata, Radzi memotong ayatku.
“ Tapi kau mesti kena duduk dekat tempat VIP okey? Haha, aku nak kau di sini sampai aku halau kau. Hahaha gurau je, rilekslah. Kau sayang aku kan? Jangan balik dulu, ya.” Radzi membuat mimik muka sedih, aku berasa kasihan. Aku mengangguk sahaja. Tak sanggup hampakan kawan baik.
Tiba-tiba, handphone aku berbunyi. Aku memandang Radzi, Radzi pun memandang aku. Aku pun menjawab panggilan daripada orang tak dikenali. Radzi membiarkan aku bersendirian, tak nak ganggulah tu.
“ Helo?”
“ Hai Ju.. ingat aku lagi?”
Aku keliru. Siapa dia ni? Suara macam pernah dengar, tapi tak berapa cam siapa tuan suara ni.
“ Maaf ya, saya tak kenal sangat. Siapa awak?”
“ Ni Aboy ah! Takkan dah lupa? Kawan kau ni! Eh, kau dekat mana tu?”
“ Lah, Aboy ke?! Mana kau dapat number phone aku ni? Aku dekat Kuantan ni ha, kenduri kahwin Radzi. Haha, kau?”
“ Adalah, haha.. Hek eleh, kau dah sampai ke? Tak achi! Aku on the way nak pergi sana la ni. Dah lama tak jumpa kau, rindu ni… hahaha,”
“ Banyak la kau punya rindu, haha.. okey la, jumpa kau kat sana okey? Bye,”
Aku terus matikan talian. Aboy, budak jahat tu. Heh, takdelah jahat, nakal je. Hehe, kawan masa tingkatan 5 dulu. Alahai, rindu pula kat kawan-kawan tingkatan 5 ni..
Setengah jam kemudian, barulah Aboy sampai. Dia terus menegur aku yang dari tadi berbual dengan seorang makcik ni. Terpegun aku tengok dia sebaik aku menoleh memandang wajahnya, dah handsome dah kawan aku ni. Haha..
“ Woi pendek, hidup lagi kau kan. Hahaha.. sihat? Lama benar tak nampak kau, duduk mana sekarang?”
“ Pendek? Sekarang dah tak pendek kan? Sedar la sikit Boy oiii, aku lagi tinggi dari kau la sekarang. Terima je kenyataan ye cik abang haha.. aku duduk dekat Klang, bukan kat Johor lagi.. kau?”
Pendek? Ehem, itu dulu. Masa aku tingkatan 5, aku sorang je yang tak cukup inch. Haha.. kesian kan? Tapi rilek sudah, aku sporting. Hehe, Radzi dengan Aboy la yang selalu kamceng dengan aku. Untung kan? Sampai sekarang kita orang masih contact lagi..
“ Yeke? Haha bangga ah tu kan.. Klang? Aku kat Damansara. Amboi kemain jauh lagi kau dapat rumah? Radzi mana? Dari tadi tak nampak batang hidung dia, ish..”
“ Hello! Mengumpat tak ajak ye korang? Haha, okey la. Korang jadi pengapit untuk ‘raja’ Radzi tau hari ni. Hehe, ni je la kenangan kita. Lepas ni, dah buat hal masing-masing. Kan?” Radzi muncul secara tiba-tiba.
“ Okay jugak tu! Aku pun dah lama nak try jadi pengapit, Juliaku, jom kita jadi pengapit.. hehehe,” Aboy tersenyum nakal. Aku mencebik sambil membuat muka yang menjengkelkan.
“ Jom!” aku tersenyum kembali.
Malamnya, Radzi tak dapat temankan aku & Aboy, sebab dia terlalu excited pasal ‘malam’ dia. Takpelah, aku tak kisah pun. Lagipun aku kenal Aboy tu siapa, nakal-nakal dia, boleh kawal nafsu.
“ Julia, jom kita pergi jalan-jalan kat bandar Kuantan ni nak? Macam best je aku tengok, lagipun kan jarang kita datang Kuantan. Nak tak?” Aboy menghantar mesej kepada aku.
Aku termenung seketika. Siapa lagi yang aku nak ajak? Takkan la aku dengan dia je kut? Mana boleh, nanti orang fikir lain. Tapi, aku tak ada member kat Kuantan ni. Harapkan Radzi, dia baru je lepas kahwin. Memang aku nak pergi round satu Kuantan ni, tapi takde geng. Haih, susahnya. Aku pun membalas.
“ Boleh aje Boy, tapi kau kenalah bawak girlfriend kau atau kawan perempuan kau. Kalau kau sorang je, eeee tak mau aku.”
2 minit kemudian, Aboy pun balas kembali.
“ Alah! Kau macam tak biasa pulak keluar dengan lelaki hensem ni. Rileklah dude, aku tak akan buat apa-apa dekat kau okey? Lagipun aku malas nak ajak member-member perempuan aku, gedik semacam. Eeeee!”
Aku tersenyum membaca mesej yang dihantarnya. Aboy, Aboy. Eloklah perangai kau, single but not available. Handsome tapi tak suka couple-couple, bagus! Aku suka cara kau, cool gitu.
“ Alright, tapi kau kena belanja aku makan rojak boleh tak? Hehe, aku lapar ah. Okeylah, aku nak siap-siap ni. Pukul 8 kau amik aku ye, bye”
Aboy datang tepat pada waktu yang ditetapkan. Fiuh! Gila la mamat ni, tabik spring aku dengan kau weh! Aku pun masuk ke dalam keretanya. Peugeot tu, kereta favourite aku oi..
“ Lama tunggu? Sorrylah, ni pun aku dah speed sampai 180k/m ha,” Aboy berkata dengan wajah yang serba salah.
“ Eh? Kau datang tepat-tepat pukul 8 okey? So jangan nak rasa bersalah sangat ah kan. Ni kita nak pergi mana dulu ni?”
“ Pekan? Nak? Mungkin kat situ ada jual rojak yang macam kau cakap tadi,”
“ Ha! Pandai, pandai. Aku pun hampir terlupa pasal rojak tu, elok la kalau centu. Kita gerak terus ke pekan ok?”Aku tersengih.
Sepanjang dalam perjalanan ke pekan, kami hanya berdiam diri. Bunyi radio sahaja yang kedengaran, manakala aku dan dia cuma membisu. Entahlah, aku tak ada topik nak cerita kut? Dia pun nampak gaya macam tak ada apa nak cerita, so lebih baik duduk diam-diam dengar lagu.
“ Ju, tak bawa boyfriend kau datang sekali ke?” tiba-tiba Aboy mulakan bicara. Tersentak aku dibuatnya. Lantas aku memandangnya sekilas.
“ Kau ni, dah macam mama papa aku dah kan? Aku tak nak lah bercinta, bukan masanya. Aku nak berjaya dulu, baru bina kebahagiaan,” aku berkata sambil tersenyum.
“ Oh.. baguslah kalau macam tu, kita serupa. Haha.. mak abah aku pun selalu tanya aku bila aku nak kahwin, aduh ingat senang ke kahwin? Tak nak ah.. lagipun aku tak minatlah awek-awek ni..”
Betul cakap Aboy. Bukan senang nak kahwin ni, mesti kena ada duit yang cukup, dan kahwin bukan kerana terpaksa. Aku memang se-kamceng ah dengan Aboy! Haha.. kawan lah pula.
Kami singgah di sebuah warung rojak di tepi jalan semasa berada di pekan. Aku dengan Aboy berbual tentang hidup masing-masing, pekerjaan, keluarga.. kecuali cinta. Kalau boleh, aku tak mahu langsung kaitkan hal percintaan dalam topik perbualan kami.
Selesai makan, Aboy mengajak aku pergi bersiar-siar lagi di pekan Kuantan ni. Aku menjeling ke arah jam tangan aku, sudah pukul 9.30 malam. Tak elok kalau orang tengok aku dengan dia berdua sahaja waktu-waktu macam ni. Aku menolak pelawaan Aboy dengan lembut.
“ Boy, bukan aku tak nak. Memang aku nak temankan kau kalau diikutkan, lagipun aku tak pernah sampai ke sini. Tapi.. agaklah kan, dah malam sangat ni Boy. Orang pandang serong kat kita nanti, haha kau dah lah lelaki, aku perempuan.. mana boleh,” aku menarik nafas dan menghembus perlahan kerana aku memberi alasan tanpa berhenti. Aboy ketawa melihat aku yang sudah tercungap.
“ Hahaha.. ye tak ye juga kan? Aku pun tak sedar yang sekarang dah nak pukul 10. Jomlah, aku hantar kau balik. Risau aku kalau kau balik seorang diri. Bahaya, kau bukannya tahu pun orang-orang kat pekan ni. Kalau macam aku, jejaka handsome lagi baik hati, kau patut percaya aku. Hehe..” Aboy berkata dengan mimik muka nakal. Aku tersenyum melihat telatahnya.
“ Okeylah, memandangkan kau beriya-iya offer diri kau untuk hantar aku balik, aku ikut je. Yang pasti, bersumpah dengan aku yang kau tak akan buat apa-apa dekat wanita yang suci ni k? Hehehe..” aku mengenyitkan mata lalu masuk ke dalam kereta Peugeot milik Aboy itu.
Kereta Aboy berhenti jauh sedikit dari chalet yang aku menginap. Aku keluar dari perut keretanya.
“ Terima kasih Aboy, sebab hantar aku. Aku pergi dulu, ya. Jumpa lagi lain hari,” aku membuat gaya ‘tabik’ di hadapan Aboy, Aboy tersengih sambil menggelengkan kepala.
“ Esok kau free? Jom lepak lagi, aku boring lah..” dah mula dah angin menggatal dia. Aku terfikir-fikir, esok ada apa-apa plan ke? Rasanya, tak ada kut. Kalau macam tu, ah orait juga kalau aku lepak dengan Boy. Best kut sembang dengan dia, macam zaman sekolah dulu..
“ Esok? Free gila! Okay, esok belanja aku roti canai pula tau? Haha.. aku pergi dulu, bye!”
“ KEJAP! Aduh kau ni, chalet tu tak lari punyalah.. ish! Ni, aku nak bawa kau pergi jalan kat shopping complex sini. Nak? Okey, kau dah boleh pergi sekarang. Bye-bye, aku sayang kau!” Aboy terus memecut laju keretanya tanpa menunggu jawapan aku. Terkebil-kebil aku melihat bayang keretanya yang semakin pudar.
Perkataan terakhir sekali dia sebut sebelum dia pecut kereta dia, buat aku malu tiba-tiba. Dulu, masa zaman secondary school , aku, Radzi dengan Aboy terlalu akrab sampaikan setiap kali balik sekolah, kami bertiga sama-sama ucap ‘ aku sayang kau!’ antara satu sama lain. Itulah namanya kawan. Indah kan? Susah senang, kami bersama. Aku sayang sangat mereka berdua ni. Tapi sekarang mungkin keadaan berubah, Radzi dah ada isteri dan aku tak akan sesekali sebut tiga perkataan tu pada dia. Nak mati? Aboy..? kira okeylah daripada tak.
“ Aku pun sayang kau jugak Boy.. hahaha,” aku berbisik sendirian lalu berjalan menuju ke chalet.
-BERSAMBUNG-
The Author



